Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SAF akhiri latihan menembak dengan Angkatan Bersenjata Jerman

Mar 14, 2025 | 4:45 PM
Latihan di Jerman ini mengukuhkan hubungan pertahanan antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Bersenjata Jerman.
Latihan di Jerman ini mengukuhkan hubungan pertahanan antara Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Angkatan Bersenjata Jerman. - Foto MINDEF

Sekitar 100 anggota Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) telah menjalani latihan tembakan peluru hidup bersama rakan sejawat mereka dari Jerman dari 8 hingga 12 Mac di Kawasan Latihan Ketenteraan Oberlausitz, menurut Kementerian Pertahanan (Mindef) pada 14 Mac.

Ini merupakan latihan pertama daripada dua latihan yang dijalankan dalam dua fasa berasingan.

Latihan musim bunga dan musim luruh itu akan melibatkan kereta kebal perang utama, Leopard 2SG, serta kenderaan tempur berperisai, Hunter, bagi mengasah kemahiran menembak dan pergerakan anggota angkatan bersenjata itu.

Latihan menembak menggunakan peluru hidup dan perisai yang diadakan setiap tahun itu merupakan edisinya yang ke-16, sejak pertama kali dijalankan pada 2009, lapor The Straits Times (ST).

Kawasan latihan di Oberlausitz, Timur Jerman, yang berkeluasan sekitar satu perempat daripada saiz Singapura, memberi peluang bagi SAF melaksanakan misi kompleks dalam skala lebih besar, serta melaksanakan latihan dengan lebih cekap di sehingga empat lapang sasar, kata Mindef.

Latihan di Jerman itu juga mengukuhkan hubungan pertahanan antara SAF dengan Angkatan Bersenjata Jerman, yang dikenali sebagai Bundeswehr.

Hubungan antara Singapura dengan Jerman sering diperkukuh melalui lawatan peringkat tinggi, penganjuran dialog, serta kerjasama teknologi, jelas Mindef.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg