Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SAF hantar kakitangan perubatan bagi bantu mangsa Gaza

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAF hantar kakitangan perubatan bagi bantu mangsa Gaza

Jan 09, 2024 | 03:52 PM



Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan menghantar dua kakitangan perubatan untuk membantu mangsa awam dari Gaza di atas kapal FS Dixmude, sebuah kapal hospital yang telah dikonfigurasikan semula di Pelabuhan El-Arish di Mesir, kata Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen.


Berucap di Parlimen pada 9 Januari, Dr Ng berkata SAF sebelum ini telah menerima jemputan daripada Angkatan Bersenjata Perancis berkenaan menyokong usaha mereka membantu mangsa dari Gaza.

“SAF telah menerima tawaran mereka dan usaha sedang dijalankan untuk mengerah pasukan perubatan ini untuk membantu mangsa awam di sana,” kata Dr Ng.

Pada 30 Disember, SAF telah menghantar bekalan bantuan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir bagi menyokong usaha kemanusiaan Singapura untuk membantu penduduk di Gaza menerusi Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan dan Bencana Serantau Changi (RHCC).

Selain itu, Dr Ng berkongsi bahawa memandangkan serangan tentera Houthi yang sedang berterusan di Laut Merah, Singapura akan mengambil bahagian dalam Operasi Penjaga Kemakmuran, atau Operation Prosperity Guardian, dan menyumbang kepada usaha memastikan Rangkaian Perhubungan Laut Merah (SLOC) kekal terbuka dan selamat.


Ini termasuk mengerah pasukan perancang untuk bekerjasama dengan rakan kongsi antarabangsa untuk melakar pelan operasi, sebuah pasukan daripada Pusat Gabungan Maklumat (IFC) Angkatan Laut Republik Singapura (RSN) untuk menyokong perkongsian maklumat dan jangkauan penglibatan dengan masyarakat perkapalan komersial, dan seorang wakil negara kanan kepada Gabungan Angkatan Maritim di Bahrain.

Perkongsian itu dibuat sebagai menjawab soalan Anggota Parlimen (AP) GRC Tampines, Encik Desmond Choo, sama ada Amerika Syarikat dan negara lain telah mengumumkan penubuhan inisiatif keselamatan maritim berbilang negara untuk membawa keamanan di Laut Merah, dan sama ada SAF akan menyumbang kepada usaha tersebut.

Sehingga 7 Jan 2024, tentera Houthi yang berpangkalan di Yaman telah menyerang kira-kira 20 kapal dagang di Laut Merah, termasuk kapal berbendera Singapura, Maersk Hangzhou.


Serangan itu membuat lima syarikat perkapalan global terbesar dunia, iaitu Syarikat Perkapalan Mediterranean, syarikat perkapalan Denmark, Maersk; syarikat perkapalan Perancis, CMA CGM; syarikat perkapalan China, Cosco dan syarikat perkapalan Jerman, Hapag-Lloyd, serta syarikat perkapalan lain menangguhkan transit melalui Laut Merah.

Sebelum serangan ini, kira-kira 60 kapal telah melalui Selat Bab el-Mandeb di Laut Merah setiap hari, tetapi jumlah itu telah menurun kira-kira satu pertiga dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Kapal-kapal yang berdaftar di Singapura juga terjejas, dengan jumlah transit harian melalui Laut Merah kini hampir separuh.

“Gangguan SLOC Laut Merah akan memberi kesan kepada rantaian bekalan global.

“Bagaimanapun, berdasarkan situasi semasa, kesan terhadap Singapura dijangka terhad, kerana kebanyakan bekalan kritikal kita seperti makanan dan farmaseutikal dihantar melalui pengangkutan udara atau tidak melalui Laut Merah,” kata Dr Ng.

Pelancaran Operasi Penjaga Kemakmuran di bawah Pasukan Maritim Gabungan (CMF) dan Pasukan Petugas Gabungan (CMT) 153 bertujuan memulihkan keyakinan antarabangsa dan aliran bebas perkapalan maritim melalui kawasan itu.

Singapura merupakan anggota CMF, sebuah gabungan 39 negara, sejak 2009, dan SAF juga sebelum ini telah mengambil bahagian dalam usaha membanteras lanun CMF CTF 151 di Teluk Aden dari 2009 hingga 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >