Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SAF teroka bina Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi baru

Jun 27, 2025 | 6:00 PM
Chun Sing, Hari SAF, Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi
Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi (MMRC) pertama di Pasir Laba Road. Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang meneroka membina kompleks kedua yang dilengkapi dengan keupayaan baru. - Foto fail

Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) sedang meneroka pembinaan sebuah Kompleks Padang Menembak Berbilang Misi (MMRC) yang antaranya membolehkan anggota kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) menempah sesi menembak peluru hidup secara perseorangan.

Ini serupa dengan kaedah menempah Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) pada masa ini.

Memberikan butiran itu, Menteri Pertahanan, Encik Chan Chun Sing, berkata:

“Memandang ke hadapan, SAF juga sedang meneroka untuk membina satu lagi MMRC yang ada keupayaan baru.

“Konsepnya adalah bolehkah kami melakukan sesuatu agar anggota NSmen mempunyai cara lain untuk kekalkan kemahiran menembak, serupa dengan apa yang dilakukan bagi kekalkan keadaan jasmani.”

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara bersama media tempatan sempena Hari SAF, yang jatuh pada 1 Julai.

Buat masa ini, NSmen biasanya melakukan latihan tembakan peluru hidup apabila mereka menjalani sesi latihan dalam kem (ICT).

Menjawab pertanyaan Berita Harian (BH), jurucakap Kementerian Pertahanan (Mindef) berkata idea MMRC yang baru masih dalam fasa penerokaan.

Ia merupakan antara usaha Mindef untuk meningkatkan keberkesanan dan kecekapan latihan NS, tambah jurucakap itu.

Singapura mempunyai sebuah MMRC yang dibuka secara rasmi pada 2013.

Kompleks tiga tingkat itu terletak di Pasir Laba Road dan dapat menampung sehingga 900 anggota tentera bagi operasi tembakan dalam sehari, menukil kenyataan Mindef pada Oktober 2013.

Kompleks tersebut merangkumi tujuh lapangan menembak, termasuk lapangan menembak bagi jarak 100 meter dan 50 meter.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg