Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Safari Malam sambut 4 ‘Tasmanian devil’ dari Australia

Aug 5, 2025 | 6:58 PM
tasmanian devil, australia, safari malam
Seekor ‘Tasmanian devil’ atau momok Tasmania, bernama ‘Lumiere’, bersama tiga lagi ekor ‘Tasmanian devil’, ‘Cogsworth’, ‘Scuttle dan Cuttlefish’, akan menjadikan Safari Malam rumah baru mereka. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Daya tarikan Safari Malam menjadi rumah kepada empat ekor momok Tasmania atau Tasmanian devil baru iaitu Cogsworth, Lumiere, Scuttle, dan Cuttlefish yang berusia tiga tahun.

Mereka menyertai tiga ekor lain di sepanjang laluan Tasmanian Devil Trail, kata Mandai Wildlife Group, dalam satu kenyataan pada 5 Ogos.

Momok Tasmania ialah mamalia pemakan daging yang ditemui di Pulau Tasmania di Australia, bersaiz sebesar anjing, dengan badan yang kuat dan berbulu hitam.

Pendatang baru itu adalah sebahagian daripada Program Menyelamatkan Tasmanian Devil (STDP) dan berasal dari pertubuhan pemuliharaan Australia, Aussie Ark.

Momok Tasmania, marsupial pemangsa terbesar di dunia, disenaraikan sebagai spesies terancam dalam Suruhanjaya Penakatan Spesies Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semula Jadi (IUCN), lapor The Straits Times (ST).

Jumlah haiwan liar dari pulau di selatan Australia telah musnah akibat penyebaran penyakit ketumbuhan di wajah – barah berjangkit yang mengancam spesies itu. 

Perpindahan pendatang baru ke Singapura itu adalah sebahagian daripada program sejagat yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang spesies tersebut, kesulitan mereka di alam liar, dan pentingnya menjaganya.

Safari Malam menerima momok Tasmania pertama pada 2022 di bawah STDP, yang bertujuan menambah jumlah haiwan itu yang sihat dan bebas barah di bawah jagaan manusia.

“Pemindahan ini menandakan langkah penting dalam kerjasama kami dengan STDP dan Aussie Ark untuk menjaga spesies ikonik ini,” kata Timbalan Ketua Eksekutif Sains Hayat dan Operasi, Dr Cheng Wen-Haur, yang juga Ketua Pegawai Sains Hayat di Mandai Wildlife Group.

“Selain menguatkan daya tahan jumlahnya, kami juga ingin meningkatkan pemahaman awam tentang kepentingan momok Tasmania,” katanya.

Haiwan itu dikenali dengan tubuh pendek dan gempal, berbulu hitam, dengan suara kuat yang mungkin sejajar dengan namanya.

Walaupun nampak garang, ia sebenarnya pengaut sisa yang pemalu dan memainkan peranan penting dalam mengekalkan kesihatan ekosistem asli.

Ia boleh hidup hingga lapan tahun dalam tawanan atau jika dikurung, tetapi di alam liar, jangka hayat haiwan itu biasanya hanya enam tahun.

Momok Tasmania atau ‘Tasmanian devil’ jantan di Safari Malam ditempatkan bersama, sementara yang betina di tempat lain.
Momok Tasmania atau ‘Tasmanian devil’ jantan di Safari Malam ditempatkan bersama, sementara yang betina di tempat lain. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Empat pendatang baru di Safari Malam sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada haiwan sejenis yang sedia ada, dengan tiga momok Tasmania jantan – Cogsworth, Lumiere, dan Scuttle – ditempatkan bersama, sementara yang betina di tempat lain.

Setiap satu mempunyai keperibadian berbeza.

Cuttlefish, satu-satunya betina, mudah dikenali dengan tanda putih berhampiran ekornya. 

Momok Tasmania atau ‘Tasmanian devil’ jantan, Cogsworth, yang berbulu hitam sepenuhnya dengan perwatakan yang ekspresif meneroka rumah barunya di Safari Malam.
Momok Tasmania atau ‘Tasmanian devil’ jantan, Cogsworth, yang berbulu hitam sepenuhnya dengan perwatakan yang ekspresif meneroka rumah barunya di Safari Malam. - Foto MANDAI WILDLIFE GROUP

Cogsworth pula memiliki bulu hitam sepenuhnya, perwatakan yang ekspresif, dan seringkali menjadi yang pertama menjelajah kawasan baru.

Lumiere lebih pendiam, dengan tanda putih besar berhampiran ekornya.

Scuttle boleh dikenali dengan bintik putih kecil di belakangnya dan cenderung untuk melindungi ruang peribadinya, kata Mandai Wildlife Group.

Pengarah Urusan Aussie Ark, Encik Tim Faulkner, memuji kerjasama mereka dengan Safari Malam dan STDP, sambil berkata:

“Mewujudkan populasi yang pelbagai di zoo yang diuruskan dengan baik dan diiktiraf di seluruh dunia melindungi spesies ini dan mencegah kepupusan.”

Pengunjung boleh melihat tiga ekor jantan momok Tasmania yang baru mulai 5 Ogos.

Sementara itu, Cuttlefish, masih dalam proses menyesuaikan diri dengan persekitaran barunya, dan belum diketahui bila pengunjung boleh melihatnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg