Sajian, suntingan berita lebih tuntas dalam reka bentuk baru BH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sajian, suntingan berita lebih tuntas dalam reka bentuk baru BH

Ketua Penyunting BH terajui pasukan harungi perubahan, kerjasama dengan artis dan IT sejak Mac 2025
Mar 15, 2026 | 5:30 AM

Sajian, suntingan berita lebih tuntas dalam reka bentuk baru BH

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
kompak, Berita Harian, Berita Minggu, Suhana A. Samat, Nuraishah Abdul Rahman, Nurfahruriza Ismail, Nabilah Jumli, ketua penyunting, penyunting, BH, BM
(Dari kiri) Ketua Penyunting Berita Harian (BH), Cik Suhana A. Samat bersama anggota pasukannya termasuk Cik Nuraishah Abdul Rahman, Cik Nurfahruriza Ismail dan Cik Nabilah Jumli. - Foto BM oleh KHALID BABA

Dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam bidang kewartawanan, Ketua Penyunting Berita Harian (BH), Cik Suhana A. Samat, menerajui pasukannya mengharungi perubahan sejajar dengan transformasi BH.

Beliau membimbing bilik berita melalui proses reka bentuk yang teliti untuk menghasilkan edisi kompak yang lebih mesra pembaca.

Cik Suhana yang mula dilantik sebagai pemangku ketua penyunting pada 2016 dan kemudian ketua penyunting pada 2021, juga bertanggungjawab untuk memastikan pasukannya menjalani latihan yang mencukupi, bagi membolehkan mereka membuat reka letak pada platform kompak yang baru.

Ini bagi memastikan edisi cetak bentuk kompak itu menjadi lebih mudah untuk pembaca memahami dan berinteraksi dengan kandungan.

Edisi kompak yang bakal dilancarkan pada 24 Mac direka untuk menawarkan pengalaman membaca yang lebih efisien dan naskhah mudah dibawa, sesuai dengan rentak pantas gaya hidup pembaca hari ini.

“Edisi kompak ini lebih mudah dibawa ke mana-mana kerana ia lebih kecil.

“Ini menjadikan pembaca lebih mudah mengakses berita penting tanpa perlu membawa surat khabar yang lebih besar dan berat,” kata Cik Suhana, 52 tahun.

Kelebihan ini turut memberi ruang bagi BH untuk memperkenalkan elemen seperti kod QR, yang menghubungkan pembaca kepada kandungan digital, menjadikan pengalaman membaca lebih interaktif dan moden.

Cik Suhana juga bekerja rapat dengan artis eksekutif, Encik Mohd Samad Afandie dan pasukan teknologi maklumat (IT) SPH Media bagi memastikan reka letak yang diusulkan dapat diterjemahkan dengan lancar dalam sistem komputer.

“Perbincangan telah dimulakan sejak Mac 2025 secara progresif dengan pasukan teknologi maklumat (IT) SPH Media.

“Usaha intensif pula bermula sejak Januari 2026 bagi memastikan setiap elemen dalam reka bentuk format baru dapat dihasilkan dalam bentuk kompak,” katanya.

Sebagai Ketua Penyunting, beliau menyelia pasukan yang bertanggungjawab melakarkan reka letak akhbar, selain memastikan laporan mengikut tatabahasa yang betul dan laras akhbar.

Namun, beliau akur antara cabaran dalam merealisasikan transformasi akhbar BH adalah untuk memastikan setiap penyunting akan tetap melakar reka letak yang dapat menarik perhatian pembaca, meskipun dengan ruang yang terhad.

“Ini selain memastikan setiap ayat disunting dengan lebih padat bagi menyampaikan inti berita dengan lebih berkesan,” tambahnya.

Meskipun saiz akhbar ini akan menjadi lebih kecil, setiap rencana atau artikel tetap akan diberi tumpuan khusus dalam setiap muka surat.

Dengan edisi kompak yang bakal dilancarkan, beliau berharap BH dapat terus memberikan pengalaman membaca yang lebih relevan, praktikal dan efektif kepada pembaca.

Bagi Cik Suhana lagi, proses transformasi itu menandakan satu langkah besar bagi BH dalam menyesuaikan diri dengan perubahan dalam dunia kewartawanan dan memenuhi keperluan pembaca di era digital yang serba pantas.

Usaha intensif hasil format kompak

Perbincangan telah dimulakan sejak Mac 2025 secara progresif dengan pasukan teknologi maklumat (IT) SPH Media. Usaha intensif pula bermula sejak Januari 2026 bagi memastikan setiap elemen dalam reka bentuk format baru dapat dihasilkan dalam bentuk kompak.
Cik Suhana A. Samat, Ketua Penyunting Berita Harian.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg