Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saksikan siaran langsung Forum M³ di YouTube, Facebook BH

Nov 8, 2024 | 6:42 PM
-

Berita Harian akan menyiarkan secara langsung Forum M3, atau MKuasaTiga, dari ITE Kolej Central pada 10 November.

Siaran langsung itu boleh ditonton di saluran rasmi Berita Harian di YouTube dan Facebook mulai 10 pagi.

Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, akan menyampaikan ucap tama di forum berjudul Forward M3: Celebrating Our Journey, Charting Ahead Together itu.

Akan turut hadir ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos  Mohamad, dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Maliki Osman, yang juga penasihat kepada M3 dan Akar Umbi Melayu.

Forum itu dijangka, antara lain, menunjukkan usaha yang dijalankan oleh 11 M3@Bandar serta lima bidang tumpuan M3 dalam memperkasa keluarga Melayu/Islam dan mengembleng tenaga relawan untuk melaksanakan usaha tersebut sejak lima tahun lalu.

Anugerah khas akan disampaikan kepada relawan yang menabur jasa di M3@Bandar.

M3 akan juga melancarkan buku khas bagi memperingati ulang tahun kelima pergerakan masyarakat itu, yang diterajui oleh Majlis Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu Persatuan Rakyat (Mesra PA), Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) dan Yayasan Mendaki.

Berita Harian akan menyiarkan secara langsung Forum M³ pada 10 November.
Berita Harian akan menyiarkan secara langsung Forum M³ pada 10 November. - Foto BH
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg