Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saktiandi: Bukan sekadar tingkat prasarana, kesejahteraan penduduk jadi tumpuan

Apr 30, 2025 | 10:44 PM
Antara calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, menyeru supaya penduduk kawasan Bishan-Toa Payoh agar terus menyokong dan mengundi pasukan mereka dalam GE2025 semasa berucap di rapat PAP di Stadium Bishan pada 30 April.
Antara calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, menyeru supaya penduduk kawasan Bishan-Toa Payoh agar terus menyokong dan mengundi pasukan mereka dalam GE2025 semasa berucap di rapat PAP di Stadium Bishan pada 30 April. - Foto ST

Selain menambah baik prasarana di Bishan-Toa Payoh, beliau juga komited mewujudkan masyarakat yang terangkum dan saling menjaga satu sama lain, kata calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat.

Berkata demikian ketika rapat bersama calon PAP di kawasan undi itu dan SMC Marymount pada 30 April di Stadium Bishan, Encik Saktiandi menonjolkan beberapa usaha penambahbaikan yang dalam perancangan.

Ia termasuk membina laluan pejalan kaki berbumbung, lif di jejantas dan juga kelab masyarakat yang baru demi memudahkan akses dan meningkatkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dari semua peringkat umur.

“Kami menaik taraf taman serta taman permainan, membaiki kaki lima yang retak dan memodenkan kededua pasar kami,” kata Encik Saktiandi, yang telah berkhidmat sepanjang sedekad sebagai Anggota Parlimen (AP) PAP bagi GRC Bishan-Toa Payoh dari 2015 hingga 2025.

“Saya sudah dan akan pastikan kesemua jejantas di Toa Payoh East dilengkapi lif untuk memudahkan warga emas dan ibu bapa dengan kanak-kanak kecil,” tambahnya.

Encik Saktiandi turut berkongsi tentang isu yang beliau kemukakan di Parlimen seperti undang-undang pekerjaan adil, pengangkutan, ekonomi, sokongan kepada ibu bapa tunggal dan peralihan tenaga hijau. 

Menurut beliau, dalam beberapa tahun akan datang, ekonomi sejagat kelihatan semakin mencabar dan beliau menyeru penduduk supaya kekal menyokongnya agar dapat mengharungi cabaran itu bersama.

“Ini bukan perkara remeh, selain peningkatan infrastruktur, menjaga penduduk sentiasa menjadi tumpuan sepanjang saya berkhidmat,” kata beliau.

Dalam usaha membantu keluarga yang terkesan oleh peningkatan kos sara hidup, beliau telah melancarkan Program Bantuan Kos Sara Hidup (Clap) tiga tahun lalu dengan kerjasama peniaga tempatan.

Melalui program itu, baucar bernilai $100 diagihkan kepada keluarga yang memerlukan bagi memastikan keperluan asas mereka terjaga. 

Portal Mango, yang beliau perkenalkan selepas Pilihan Raya Umum (GE) yang lalu, terus memainkan peranan dalam menghubungkan penduduk dengan bantuan makanan, keperluan harian, barangan runcit serta peluang pekerjaan.

Menurut Encik Saktiandi, melalui program Mango dan Clap, $1.1 juta telah diagihkan, membawa manfaat kepada seramai 6,000 penduduk.

Kini, program Mango diperluas untuk menyediakan sokongan kepada penduduk yang menghadapi demensia dan perkhidmatan penjagaan gigi.

Dalam ucapannya, Encik Saktiandi turut menekankan pentingnya semangat perpaduan dan kekitaan, serta mengajak penduduk supaya terus menyokong usaha membina Toa Payoh East, yang berada di bawah jagaannya, dengan lebih baik. 

“Marilah kita bersatu mengharungi cabaran-cabaran yang akan datang. Bak kata pepatah, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg