Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan gah Tahun Baru buka tirai perayaan SG60

Jan 1, 2025 | 2:16 PM
Pertunjukan bunga api di Kallang Basin untuk menyambut Tahun Baru 2025.
Pertunjukan bunga api di Kallang Basin untuk menyambut Tahun Baru 2025. - Foto ST

Tahun Baru 2025 disambut dengan penuh gah di lebih 23 tempat di serata Singapura selepas tengah malam 1 Januari, termasuk dengan pertunjukan bunga api, aksi dron dan juga tarian K-Pop beramai-ramai.

Walau ribuan orang membanjiri kawasan Marina Bay dan Kallang Basin untuk menyaksikan pertunjukan bunga api yang menerangi udara, ramai juga turut menghadiri acara sambutan Tahun Baru di kejiranan masing-masing.

Sebanyak 17 perayaan sedemikian diadakan, membuka tirai perayaan ulang tahun jubli intan Singapura yang digelar SG60.

Acara di kawasan perumahan itu adalah sebahagian daripada inisiatif kebangsaan ONE Countdown 2025 yang melancarkan SG60 di pelbagai lokasi di seluruh Singapura, menurut kenyataan media daripada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY).

Dianggarkan, lebih 500,000 orang menghadiri perayaan SG60 ONE Countdown di serata Singapura, kata MCCY dalam kenyataan berasingan pada 1 Januari.

Dalam amanat Tahun Baru, Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata ulang tahun ke-60 Singapura yang bakal disambut pada 2025 bukan sahaja setakat acara untuk diraikan, malah peluang bagi warga Singapura menjiwai semula nilai yang dikongsi dan memperbarui komitmen kepada negara.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg