Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pekerja migran sambut 2025 dengan perayaan terbesar di Kranji

Jan 1, 2025 | 3:56 PM
Pekerja migran Bangladesh dan India mengambil gambar bunga api semasa sambutan Tahun Baru di sebuah pusat rekreasi pekerja migran pada 1 Januari 2025.
Pekerja migran Bangladesh dan India mengambil gambar bunga api semasa sambutan Tahun Baru di sebuah pusat rekreasi pekerja migran pada 1 Januari 2025. - Foto REUTERS

Bunga api dipancarkan ke udara pada tengah malam buat kali pertama di sebuah padang terbuka berhampiran Pusat Rekreasi Kranji untuk menyambut Tahun Baru 2025, sebagai sebahagian perayaan Tahun Baru terbesar buat pekerja migran.

Buat kali pertamanya, perayaan diadakan sehingga tengah malam di enam pusat rekreasi serata Singapura pada 31 Disember 2024, khas buat pekerja migran daripada lebih 10 asrama untuk menyambut tahun baru.

Sambutan itu dianjurkan Kumpulan Keyakinan, Penjagaan dan Penglibatan (Ace) Kementerian Tenaga Manusia (MOM) yang ditubuhkan pada 2020 semasa pandemik Covid-19 untuk menyokong pekerja migran dan operasi asrama.

Sambutan pada tahun-tahun sebelum ini tidak termasuk bunga api dan tidak berlangsung hingga tengah malam.

Encik Rahman Luthfar, 38 tahun, seorang pekerja migran dari Bangladesh yang telah bekerja di Singapura selama 17 tahun, kali terakhir melihat pertunjukan bunga api pada malam Tahun Baru pada 2011 semasa sambutan di kawasan Marina Bay.

Beliau pergi ke Pusat Rekreasi Kranji selepas bekerja pada 31 Disember dan memberitahu The Straits Times sambil tersenyum: “Sekarang bagus, saya boleh melihat bunga api di sini.”

Beliau juga tidak sabar untuk melihat penyanyi Bangladesh Monir Khan, yang merupakan salah seorang daripada tiga artis popular yang dikenali dalam kalangan ramai pekerja migran dan diundang membuat persembahan semasa perayaan tersebut.

Dua penyanyi lain ialah Tamil Arulpragasam dan Soundarya.

“Saya biasa mendengar pita kaset (lagu) beliau semasa saya pelajar. Beliau penyanyi kegemaran saya,” kata Encik Luthfar mengenai Monir Khan.

Kumpulan pekerja migran juga menikmati kegiatan karnival dan permainan di Pusat Rekreasi Kranji mulai 7 malam, dan dijamu dengan beriani dan aiskrim percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg