Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan hari jadi tukar jadi sesi main kad UNO bersama pekerja migran

Feb 4, 2025 | 4:48 PM
Cik Nur Safira Mohamed Muzamil (bawah, kiri) bersama rakannya, Cik Mass Alyssa Massyanto bergambar dengan dua pekerja migran, Dheena (atas,  kiri) dan Arul.
Cik Nur Safira Mohamed Muzamil (bawah, kiri) bersama rakannya, Cik Mass Alyssa Massyanto bergambar dengan dua pekerja migran, Dheena (atas, kiri) dan Arul. - Foto ihsan NUR SAFIRA MOHAMED MUZAMIL

Ia bermula sebagai satu sambutan hari jadi sederhana di tepi pantai bersama seorang rakan.

Namun sambutan tersebut berubah menjadi malam penuh gelak tawa dengan persahabatan baru terjalin bagi Cik Nur Safira Mohamed Muzamil. 

Pelajar berusia 22 tahun di Akademi Seni Halus Nanyang (Nafa) itu telah merancang hari yang santai di tepi pantai bersama rakannya di Pantai Pasir Ris pada  petang 2 Februari. 

“Sebagai pencinta alam dan (penggemar) aktiviti luar, pantai adalah tempat yang sempurna untuk berehat dari kesibukan harian—sambil menikmati angin laut dan merakam beberapa gambar untuk media sosial,” kata Cik Safira.

Dengan satu set kad permainan UNO, mereka mula bermain, tetapi tidak lama kemudian, Cik Safira menyedari sekumpulan pekerja migran sedang memerhatikan permainan kad UNO mereka itu dengan penuh minat. 

“Salah seorang daripada mereka akhirnya mendekati kami dan bertanya tentang permainan ini,” kata Cik Safira. “Beliau memberitahu bahawa dirinya juga minat bermain permainan kad, tetapi tidak pernah mencuba UNO.”  

Apa yang berlaku selepas itu adalah satu detik interaksi yang amat bermakna. Walaupun terdapat sedikit halangan bahasa, Cik Safira mengajak mereka bermain bersama.

“Saya menggalak beliau dan rakannya untuk turut serta. Dengan perlahan, mereka memahami peraturan UNO dan kami seronok main besama,” katanya.  

Dheena (kiri) dan Arul (kanan) bermain belajar bermain UNO bersama Cik Safira dan rakannya.
Dheena (kiri) dan Arul (kanan) bermain belajar bermain UNO bersama Cik Safira dan rakannya. - Foto ihsan NUR SAFIRA MOHAMED MUZAMIL

Cik Safira turut mengongsi bahawa pekerja-pekerja migran itu bernama Dheena dan Arul. Dheena berusia dalam lingkungan 30-an tahun dan seorang bapa kepada dua anak manakala Arul pula berusia 24 tahun. 

Memandangkan ia sambutan hari jadi Cik Safira, pekerja migran itu juga telah membeli air minuman untuk menghadiahkannya kepada Safira dan rakannya. 

“Mereka sangat mesra dan ramah. Saya tidak rasa kekok atau janggal berinteraksi bersama mereka. Rasanya seperti sudah lama berkawan,” jelas Cik Safira. 

Ini merupakan kali pertama Cik Safira mendapat peluang untuk meluangkan masa berbual dan berinteraksi bersama pekerja migran. 

“Mereka sangat mesra dan ramah. Saya langsung tidak berasa kekok atau janggal. Rasanya seperti kami sudah lama berkawan,” kongsi Cik Safira.  

Pengalaman ini dirakamnya lalu dimuatnaik ke TikTok dengan kapsyen: “Layan pekerja dengan baik mereka adalah orang-orang yang membina Singapura! #besties #bestfriend”.

View post on TikTok

Sejauh ini, video tersebut telah mendapat sambutan yang memberangsangkan dan meraih lebih 400 ribu tontonan sejak dimuat naik pada 2 Februari. 

Seorang pengguna TikTok berkata: “MasyaAllah, ini baik untuk semua tanpa mengira bangsa, agama, pekerjaan dan warna.

Memandangkan ia adalah sambutan hari jadi Cik Safira, pekerja-pekerja migran itu telah membelikan air untuk Cik Safira dan rakannya. 

Pengalaman ini membuka matanya tentang betapa mudahnya menjalin hubungan dengan orang lain. “Hebat bagaimana permainan mudah seperti UNO boleh menyatukan kita,” katanya.  

Mengulas lebih mengenai video TikToknya, Cik Safira berkata:

“Saya muat naikkan pengalaman ini ke TikTok untuk menonjolkan bahawa, pada akhirnya, kita semua manusia dan layak untuk dilayan dengan baik dan hormat. Tidak kira latar belakang, kita semua bernafas dengan udara yang sama. Dengan sedikit kebaikan, ia boleh menceriakan orang lain.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg