Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sambutan kira detik Tahun Baru bakal diadakan merata S’pura, termasuk 17 kawasan kejiranan

Nov 25, 2024 | 6:39 PM
Bagi meraikan tahun baru dan kemerdekaan Singapura ke-60, rakyat Singapura boleh menyertai sambutan meriah di tempat seperti Marina Bay dan Clarke Quay, serta 17 lokasi di kawasan kejiranan pada 31 Disember.
Bagi meraikan tahun baru dan kemerdekaan Singapura ke-60, rakyat Singapura boleh menyertai sambutan meriah di tempat seperti Marina Bay dan Clarke Quay, serta 17 lokasi di kawasan kejiranan pada 31 Disember. - Foto ST

Rakyat Singapura boleh meraikan tahun baru dan menyertai sambutan kemerdekaan negara ke-60 atau SG60 di tempat-tempat seperti Marina Bay dan Clarke Quay, serta 17 lokasi di kawasan kejiranan pada 31 Disember.

Menurut Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) pada 21 November, acara ONE Countdown 2025 akan menjadi acara pertama yang memulakan sambutan SG60.

Dengan tema ‘Membina Singapura Kita Bersama-sama’, SG60 akan meraikan pembinaan Singapura selama ini dan memberi peluang kepada rakyat untuk merenung nilai-nilai seperti kepelbagaian budaya, keberanian, ketahanan dan keterbukaan.

Berikut ialah beberapa acara yang akan berlaku.

Hab Sukan Singapura

Pengunjung boleh menyertai rancangan kira detik tahun baru, Let’s Celebrate 2025, yang dihoskan oleh Mediacorp. Terdapat pelbagai kegiatan, aksi hiburan dan pertunjukan bunga api.

Kegiatan bermula pada 5 petang, manakala Let’s Celebrate 2025 bermula pada 7 malam.

Marina Bay

Nikmati siri pertunjukan lampu di The Fullerton Hotel, persembahan secara langsung di Esplanade – Theatres on the Bay, serta pertunjukan bunga api di Marina Bay.

Pertunjukan dan persembahan tersebut akan berlangsung pada hari berbeza pada Disember, dengan butiran lanjut akan dikeluarkan pada masa terdekat.

Keluarga yang mahu melakukan kegiatan pada sebelah malam bersama anak-anak boleh menyaksikan pertunjukan lampu mempesonakan di illumi, iaitu acara cahaya, bunyi dan multimedia terbesar di dunia.

Clarke Quay

Sambutan bertemakan masa depan atau futuristik yang terdiri daripada permainan digital interaktif dan pemasangan seni akan diadakan di CQ @ Clarke Quay mulai 27 Disember.

Suasana akan dimeriahkan lagi dengan pertunjukan dron di atas Sungai Singapura, serta persembahan secara langsung oleh pemuzik tempatan.

Kawasan Kejiranan

Penduduk Ang Mo Kio, Bedok, Bishan, Boon Lay, Bukit Batok, Bukit Panjang, Choa Chu Kang, Hougang, Jalan Besar, MacPherson, Marine Parade, Marsiling, Yishun, Punggol, Tampines, Queenstown dan Woodlands boleh menyambut tahun baru di kawasan kejiranan mereka.

Persatuan Rakyat (PA) akan menganjurkan 17 sambutan hangat dengan pelbagai kegiatan seperti karnival, persembahan muzik dan gerai makanan dan minuman (F&B) untuk dinikmati penduduk bersama keluarga dan rakan-rakan mereka.

Butiran lanjut untuk acara kira detik tahun baru di setiap lokasi akan diumumkan oleh PA pada awal Disember.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg