Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Saranan kesihatan galak ibu mula tabiat baru, anak kini bersikap positif

Jan 21, 2025 | 6:44 PM
Syed Omar Aljufri Syed Mustapha, sembilan tahun, bersama ibunya, Cik Nur Insyeerah Mustafa Kamal, 35 tahun. Mereka berdua kini menerapkan cara pemakanan lebih sihat dengan saranan Rancangan Kesihatan yang diumumkan pada 21 Januari.
Syed Omar Aljufri Syed Mustapha, sembilan tahun, bersama ibunya, Cik Nur Insyeerah Mustafa Kamal, 35 tahun. Mereka berdua kini menerapkan cara pemakanan lebih sihat dengan saranan Rancangan Kesihatan yang diumumkan pada 21 Januari. - Foto ihsan NUR INSYEERAH MUSTAFA KAMAL

Buah strawberi, pisang dan sayur brokoli adalah antara makanan sihat tambahan baru dalam diet Syed Omar Aljufri Syed Mustapha, sembilan tahun.

Diet sihat baru itu diterapkan oleh ibunya, Cik Nur Insyeerah Mustafa Kamal, 35 tahun, sejak mereka berdua menerima saranan Rancangan Kesihatan pada Jun 2024.

Rancangan itu, seperti diumumkan oleh Kementerian Kesihatan (MOH) pada 21 Januari, mengikut keperluan individu bagi murid Darjah 1 hingga 3 semasa pemeriksaan kesihatan tahunan mereka pada 2025.

Ia merangkumi saranan-saranan perubahan gaya hidup, keputusan pemeriksaan kesihatan di sekolah, laporan vaksinasi dan rujukan kepada institusi-institusi jagaan kesihatan awam apabila perlu.

Ini bermakna, Rancangan Kesihatan yang disesuaikan khas bagi Omar memberi ibu bapa seperti Cik Insyeerah gambaran tentang tabiat Omar dan bidang-bidang yang memerlukan penambahbaikan.

Berpandukan saranan-saranan itu, Cik Insyeerah kini mendapati Omar kini semakin bertenaga dan fokus kepada pelajaran.

“Dahulu, Omar tidak begini. Dia sering letih apabila pulang dari sekolah, dan saya, sebagai ibu, agak sedih apabila tak dapat meluangkan masa dengan Oman,” kata Cik Insyeerah.

Menerangkan sikap anak sulungnya daripada tiga beradik itu, Cik Insyeerah berkata ia mungkin disebabkan rutin harian yang kurang baik semasa di rumah dahulu.

Ini termasuk cara pemakanan kurang sihat, seperti kerap makan makanan segera, waktu tidur yang tidak menentu, dan kurang bersenam.

Namun, sejak Omar mengikuti saranan MOH, Cik Insyeerah dapat melihat perubahan positif pada anak sulungnya.

Selain diet yang sihat, Omar kini mempunyai waktu tidur tetap setiap hari, iaitu dari 10 malam hingga 6 pagi, termasuk pada hujung minggu.

Ini adalah tambahan waktu tidur selama sekitar dua jam, di mana Omar dahulu hanya tidur selepas 12 malam setiap hari.

Omar juga kini lebih aktif dengan menyertai dirinya dalam pelbagai aktiviti di luar.

Ini termasuk sesi bola sepak semasa waktu rehat dan setiap Sabtu bersama rakan-rakannya.

Apabila ditanya Berita Harian (BH), Omar berkata aktiviti sukan semasa waktu-waktu itu adalah peluang baginya meluangkan masa di luar selain waktu latihan jasmani.

“Saya dapat lihat perubahan dengan cara dia mengawal emosinya.

“Saya gembira dapat lihat Omar membesar menjadi seorang abang yang lebih bertanggungjawab dan selalu ceria kepada dua adiknya,” tambah Cik Insyeerah.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg