Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sayap wanita PAP hulur lebih 5,000 bunga sabun sempena Hari Ibu

May 10, 2025 | 5:02 PM
Cik Hazlina Abdul Halim (kiri) merupakan salah satu daripada 13 pengerusi cawangan wanita yang baru dilantik dan mengambil bahagian dalam inisiatif agihan bunga sabun kepada golongan ibu.
Cik Hazlina Abdul Halim (kiri) merupakan salah satu daripada 13 pengerusi cawangan wanita yang baru dilantik dan mengambil bahagian dalam inisiatif agihan bunga sabun kepada golongan ibu. - Foto PAP

Lebih 5,000 bunga sabun telah diagihkan kepada golongan ibu di seluruh Singapura oleh Sayap Wanita Parti Tindakan Rakyat (PAP) sempena Hari Ibu.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan PAP, hadiah simbolik ini diagihkan sepanjang dua hari, pada 10 dan 11 Mei oleh para aktivis dari pelbagai cawangan PAP.

Ini termasuk 13 pengerusi cawangan wanita yang baru dilantik seperti Cik Hazlina Abdul Halim, Cik Cassandra Lee dan Cik Elysa Chen.

Seawal 9 pagi pada 10 Mei, Cik Hazlina, yang merupakan pengerusi cawangan Fengshan dalam GRC East Coast, mula mengagihkan bunga sabun kepada ibu-ibu di Blok 70 Bedok South Road semasa beliau turun padang untuk bertemu penduduk di kawasan itu.

Pengerusi Sayap Wanita PAP, Cik Sim Ann berasa teruja atas penglibatan mereka dalam usaha ini.

“Ia menggembirakan dapat melihat mereka turun padang dan sertai usaha Hari Ibu kami.

“Kami menantikan perspektif yang segar dan tenaga baru yang mereka akan bawa kepada usaha kita untuk memajukan pembangunan wanita,” katanya.

Pengerusi penganjur sambutan Hari Ibu Sayap Wanita PAP, Cik Rahayu Mahzam pula, berkata bahawa inisiatif ini bertujuan menghargai sumbangan para ibu serta memupuk kesejahteraan mereka.

“Hadiah ini adalah simbol sokongan kami kepada para ibu dan mereka yang memainkan peranan ibu.

“Ia juga diharap mengingatkan mereka untuk menjaga diri,” jelas beliau.

Menurut PAP, inisiatif seluruh pulau ini mencerminkan usaha berterusan parti dalam memperjuangkan pembangunan wanita serta sokongan padu masyarakat terhadap peranan penting para ibu dalam masyarakat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg