Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sebahagian platform stesen MRT Raffles Place ditutup selepas air bocor dari siling

Sep 17, 2025 | 6:08 PM
stesen MRT Raffles Place, air bocor dari siling, NSL
Terdapat kebocoran air dari siling di platform Stesen MRT Raffles Place di Laluan Utara-Selatan (NSL) pada 17 September. - Foto ST

Beberapa pengguna tren di stesen MRT Raffles Place terkejut apabila melihat air bocor dari beberapa panel siling pada pagi 17 September.

Dalam gambar dan hantaran di platform media sosial Reddit dan forum teknologi HardwareZone, pengguna tren yang menyaksikan kejadian tersebut, yang berlaku sekitar 9 pagi, menggambarkan “bunyi hujan yang kuat” ketika mereka turun dari tren Laluan Utara-Selatan (NSL) ke platform stesen.

Cecair tersebut tidak berbau, kata mereka yang menyaksikan kejadian tersebut.

Ada juga yang menyatakan kakitangan SMRT, yang mengendalikan stesen MRT Raffles Place, mengarahkan penumpang menjauhi kawasan platform, lapor The Straits Times (ST).

Gambar yang dimuat naik oleh pengguna Reddit, TheDoorDoesntWork, menunjukkan beberapa helaian akhbar bertaburan di lantai basah yang merentasi seluruh platform dari pintu ke pintu.

Apabila ST tiba di stesen MRT Raffles Place tepat sebelum tengah hari, air masih kelihatan menitis dari siling.

Kawasan yang terjejas telah ditutup, dengan bekas-bekas diletakkan di bawah kebocoran untuk menampung air.

Tangga bergerak yang menghala ke platform bawah, serta berhampiran kawasan yang terjejas, juga tidak beroperasi pada waktu itu.

Seorang penumpang, Cik Maya Abdolah, memberitahu ST: “Sekarang keadaan nampaknya okey, tapi saya takut ia boleh menjejas pengguna tren pada waktu sibuk petang kerana ini adalah stesen yang sangat sibuk dan orang berlari di platform. Kawasan yang terjejas juga kelihatan agak besar.”

Seorang lagi penumpang, Cef Haiqal Loveridge, 35 tahun, pula menegaskan bahawa terdapat gangguan yang sama pada pagi 17 September di Laluan Thomson-East Coast (TEL) dan tertanya-tanya mengenai keadaan sistem pengangkutan awam Singapura.

“Hakikat bahawa ia berlaku di sini, di tengah-tengah Kawasan Pusat Bandar (CBD) dengan pelancong melihat stesen dalam keadaan ini agak menyedihkan,” kata beliau.

SMRT telah dihubungi untuk maklumat lanjut.

Pada awal pagi 17 September, perkhidmatan tren antara stesen Woodlands North dengan Bayshore di TEL, yang juga dikendalikan oleh SMRT, terganggu selama kira-kira dua jam.

Ini adalah gangguan tren kedua dalam masa kurang dari 12 jam – dan yang kelima di rangkaian MRT pada September.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg