Para pengunjung Taman Tasik Jurong berpeluang menikmati keindahan cahaya aneka warna daripada lebih 300 tanglung dalam pameran yang bertajuk Reflections of Twilight, lengkap dengan hiasan lampu, muzik dan sentuhan seni budaya.
Ini sempena edisi ketiga dan terbesar acara Lights by the Lake yang akan berlangsung dari 8 hingga 22 September sempena sambutan Festival Pertengahan Musim Luruh, anjuran Lembaga Taman Negara (NParks)
Semasa sesi pranonton khusus untuk media pada 5 September, pameran itu turut mengetengahkan pelbagai rekaan tanglung termasuk angsa putih, burung belang, katak dan flamingo dalam pelbagai gaya.
Lebih daripada 300 tanglung buatan tangan yang menggambarkan mitologi Cina dengan kepelbagaian biologi taman dan mercu tanda yang dikenali ramai, akan dinyalakan setiap malam.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg