Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sedia air bersih di Gaza, laksana korban di Uganda dan Australia

May 9, 2025 | 5:30 AM
Ad-Diyar Consultancy, korban, utara gaza
Warga Palestin yang memerlukan di Utara Gaza mengambil makanan yang diagihkan kepada mereka atas usaha Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd sewaktu Ramadan 2025. - Foto AD-DIYAR CONSULTANCY PTE LTD

Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd semakin rancak menganjurkan dan menaja pelbagai projek kemanusiaan, seperti mengagihkan air bersih melalui tangki air bergerak dan bantuan makanan kepada masyarakat memerlukan di Gaza, Palestin.

Kini, syarikat ini meluaskan usaha kemanusiaan mereka dengan melaksanakan ibadah korban di Uganda dan Australia.

“Melalui kenalan kami, kami dapat menjalin hubungan di Gaza untuk mewujudkan bekalan air bersih dan makanan, yang perlu dibeli. Melalui tajaan oleh masyarakat yang dikasihi, usaha ini telah dapat sampai kepada mereka yang benar-benar memerlukannya,” kata Pengarah Eksekutif Ad-Diyar Consultancy, Encik Mohamad Abdullah.

Beliau menambah: “Kami percaya beribu-ribu orang telah mendapat manfaat daripada penyediaan keperluaan asasi ini. Matlamat kami ialah menyediakan sebanyak bantuan yang kami boleh. Ini adalah usaha berterusan. Sesiapa sahaja boleh mengambil bahagian dengan membuat sumbangan dalam bentuk pembelian untuk menyediakan air bersih dan makanan, nasi dan roti.”

Encik Mohamad menganggarkan sekitar 2,000 hingga 3,000 orang dari Singapura, Malaysia, Brunei, India, New Zealand, Jerman, Australia, Bangladesh, Switzerland, Vietnam dan Amerika Syarikat menyertai usaha penyediaan air bersih dan makanan di Gaza.

Syarikat ini juga bekerjasama dengan pertubuhan dan inisiatif lain, seperti Program Makanan PBB, Jabatan Wakaf Palestin dan Pihak Berkuasa Kesihatan Palestin.

Ad-Diyar Consultancy adalah sebuah syarikat yang perniagaan utamanya ialah menyediakan perkhidmatan berhubung permohonan pelbagai lesen, permit atau kelulusan berkaitan Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Agensi Makanan Singapura (SFA).

Di luar aktiviti perniagaan terasnya itu, Ad-Diyar Consultancy terlibat dalam inisiatif amal secara aktif.

Menjelang Hari Raya Haji pada 2025, Ad-Diyar Consultancy akan memberi tumpuan pada negara Uganda dan Australia untuk memastikan semua syarat korban dipenuhi agar ibadah itu dijalankan secara sempurna dan daging korban diagihkan kepada golongan memerlukan secara paling berkesan.

“Daging itu diagihkan kepada mereka yang mempunyai akses terhad kepada daging dalam makanan harian mereka, termasuk penghuni rumah anak yatim,” jelas Encik Mohamad.

Di Australia, haiwan korban akan disembelih di rumah penyembelihan dan kesemua daging korban akan dibekukan, dibungkus, dan dihantar ke Singapura.

Di Singapura, sebahagian daging itu akan dihantar langsung kepada sohibul korban (orang yang menunaikan ibadah korban) dan sebahagian lagi diagih kepada asnaf yang layak menerima daging korban.

Pakej korban di Australia berharga $330 bagi kambing biri-biri dan $2,100 untuk lembu. Ia termasuk penghantaran ke Singapura.

Di Uganda daging korban tidak dihantar ke Singapura, tetapi diagihkan keseluruhannya kepada golongan layak menerimanya di negara itu.

Pakej korban di Uganda berharga $110 bagi kambing biri-biri, $498 bagi lembu, dan $1,199 bagi unta.

Rakan-rakan kongsi Ad-Diyar Consultancy di dua negara itu akan membantu melaksanakan korban tersebut.

SEKILAS:

Jika berminat melaksanakan ibadah korban di Uganda atau Australia atau menyediakan air bersih dan makanan di Gaza, sila hubungi Ad-Diyar Consultancy Pte Ltd di talian 8079-6450, 8925-9462 atau 8748-6521 atau e-mel kepada info@addiyar.sg atau mohamad@addiyar.sg. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman www.Addiyar.sg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg