Menyahut panggilan haji memerlukan persiapan rapi, menyeluruh dan kesungguhan.
Demikian dinyatakan oleh Pengarah Urusan, Thoha Travels & Tours, Encik Muhd Nazer Monet.
Beliau turut berkata syarikatnya amat berbesar hati kerana dilantik menjadi salah satu ejen penjualan (GSA) pakej haji yang diluluskan untuk menawarkan pakej haji 2025.
“Alhamdulillah, sekali lagi syarikat Thoha Travels & Tours telah dilantik oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) sebagai ejen pelancongan yang sah untuk menyediakan perkhidmatan berkaitan haji kepada semua jemaah yang diperuntukkan bagi 2025.
“Pada musim haji 2024 ini, kami membawa seramai 80 anggota jemaah menunaikan ibadah haji.
“Kami lebih bersedia untuk menerima lebih ramai jemaah pada 2025, dengan keazaman mahu memberikan perkhidmatan terbaik,” kata Encik Muhd Nazer.
Syarikat itu menawarkan dua pakej haji bagi 2025 iaitu pakej ‘Wardah 1’ selama 26 hari; dan pakej ‘Wardah 2’ selama 19 hari.
Bayaran pakej haji yang dikenakan ialah daripada $17,150 dengan dua bonus percuma.
Pertama, kereta api laju dari Madinah ke Jeddah; dan kedua, dam tamatuk (pembayaran dam atau denda bagi jemaah yang melaksanakan haji tamatuk).
Haji tamatuk bermaksud haji yang dikerjakan setelah selesai ibadah umrah pada bulan haji, dan dikenakan dam.
Thoha Travels berusaha memastikan keselesaan setiap jemaah dengan menawarkan penginapan lima bintang berhampiran Masjidil Haram dan Masjid Nabawi serta panduan lengkap sepanjang perjalanan.
“Kami juga menyediakan pelbagai makanan yang memenuhi cita rasa dan keperluan pemakanan jemaah, memastikan mereka dapat menikmati hidangan yang sihat dan bersesuaian sepanjang perjalanan ibadah.
“Kami memahami keperluan jemaah dan bertekad menyediakan pengalaman ibadah yang selesa dan penuh bermakna.
“Setiap jemaah akan dibimbing dengan teliti dalam setiap rukun dan wajib haji. Pasukan bimbingan yang terlatih sentiasa sedia membantu, memastikan setiap jemaah dapat menjalani ibadah dengan sempurna dan yakin.
“Ramai jemaah kami berkongsi rasa syukur atas perjalanan haji 2024 yang dipermudahkan dan bermakna bersama Thoha Travels & Tours.
“Salah seorang jemaah, Encik Muhammad Faisal Mahmod, berkata: ‘Pengalaman ibadah haji yang saya dan isteri lalui bersama tidak dapat dilupakan. Alhamdulillah, kami dibimbing dengan baik sepanjang perjalanan. Segala ibadah dapat dilaksanakan dalam keadaan tenang dan dapat menjiwainya dengan baik.’,” ujar Encik Muhd Nazer.
Selain itu, Thoha Travels & Tours turut menyediakan sokongan perubatan dan khidmat nasihat kesihatan bagi memastikan jemaah dalam keadaan terbaik sepanjang ibadah.
Beliau berkata: “Dengan pendekatan menyeluruh ini, kami berharap setiap jemaah dapat menunaikan ibadah dengan tenang dan penuh keyakinan, membawa pulang pengalaman yang indah serta keberkatan daripada perjalanan suci ini.”
Thoha Travels & Tours yang telah beroperasi selama 15 tahun sejak 2009 ialah ejen pelancongan khusus menyediakan khidmat menguruskan umrah, haji, pakej percutian dan lawatan ‘free and easy’, atau serba santai.
“Dengan pengalaman sebegini, kami memahami keperluan pelanggan dan komited untuk memberikan pengalaman yang selesa, selamat, dan bermakna.
“Ini selaras dengan slogan kami, ‘Khidmat memuaskan, fikiran tenang, insya-Allah,” tambah Encik Muhd Nazer.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, hubungi talian 6297-7034 atau 9451-5473.
Kunjungi pejabat syarikat di 55 Changi Road, Millage, #02-02, Singapura 419709. E-mel kepada nur.thohatravels@gmail.com
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg