Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sediakan 1,300 bungkusan bubur setiap hari sempena Ramadan

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sediakan 1,300 bungkusan bubur setiap hari sempena Ramadan

Masjid Jamae Chulia perlu sokongan ramai bagi tingkat dana yang masih kekurangan sebanyak $1.34j
Mar 12, 2024 | 05:30 AM



Semangat gotong-royong dapat dirasakan dan terserlah di Masjid Jamae Chulia, lebih-lebih lagi pada Ramadan.

Seawal 10 pagi, semua keperluan untuk memasak bubur masjid perlu disiapkan, dan agihan kepada orang ramai pula diadakan selepas solat asar.

Bubur ini disediakan dan dimasak di pekarangan masjid tersebut.

Seperti kelaziman sepanjang Ramadan, masjid ini perlu membelanjakan sehingga $6,500 sehari. Ini bagi menampung sajian untuk berbuka puasa dan sahur serta persediaan sehingga 1,300 bungkusan bubur masjid diagihkan secara percuma setiap hari.

Meskipun bubur ini dimasak sendiri, serta dibantu lebih 20 relawan masjid dan pihak pengurusan masjid, banyak lagi kos lain yang perlu ditanggung oleh masjid. Ini termasuk kekurangan bagi dana peningkatan masjid.

Kerja peningkatan masjid ini menelan belanja sehingga $3 juta dan jumlah terkumpul kini hanya mencapai $1.66 juta. Masjid Jamae Chulia masih memerlukan dana sebanyak $1.34 juta.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata Masjid Jamae Chulia merupakan salah satu pusat ibadah tertua di Singapura dan ramai pekerja di kawasan bandar akan berbuka di masjid ini.

Beliau menjangkakan lebih 700 jemaah akan hadir untuk meraikan Ramadan di masjid tersebut.

“Ramadan 2024 ini, masjid menjangkakan sehingga 750 jemaah hadir untuk beriftar beramai-ramai. Pada 2023, disebabkan masjid masih lagi menjalankan kerja peningkatan, kami hanya hadkan kepada 350 jemaah sahaja.

“Pada tahun ini (2024) juga, kami akan menyediakan sahur pada 10 terakhir Ramadan disusuli pula dengan kegiatan qiamullail atau beribadah sepanjang malam.


“Perbelanjaan untuk bubur masjid sahaja sudah pun mencecah $1,600 sehari,” ujar Encik Rasheed Zaman.

RAYUAN WAKAF

Masjid ini juga gigih menerapkan semangat berwakaf dalam kalangan masyarakat Islam di sini. Antara program wakaf yang disediakan ialah wakaf bagi kamera litar tertutup (CCTV), wakaf ruang serba guna, wakaf bagi keperluan bilik darjah dan pelbagai lagi. Setiap wakaf yang diikrarkan bermula $100 setiap satu.

Encik Rasheed Zaman turut menjelaskan, berwakaf bukan hanya menggunakan harta semata-mata, malah ia juga melibatkan semangat sukarela yang teguh demi terus membantu dan mewujudkan suasana dan ruang ibadah yang sempurna.

“Dalam usaha kami mahu mencapai dana bagi projek peningkatan ini, kami galakkan semangat berwakaf dalam kalangan kita.

“Matlamat kami agar masjid ini akan terus berada dalam keadaan yang baik demi keselesaan kita semua. Kami juga mengharapkan sokongan dan sifat ihsan yang kukuh sempena Ramadan ini. Bantulah Masjid Jamae Chulia agar kami mampu mendampingi masyarakat Islam dengan lebih akrab lagi,” ujar Encik Rasheed Zaman.

KEGIATAN RAMADAN

Selain mengadakan acara berbuka dengan jemaah serta solat tarawih, Masjid Jamae Chulia juga bakal menganjurkan acara Nuzul Al-Quran pada 17 Ramadan. Acara sahur pula akan diadakan pada 10 terakhir Ramadan disertakan juga dengan qiamullail.

“Kami amat mengharapkan agar orang ramai dapat bersama kami pada acara Nuzul Al-Quran dan terus melestarikan Masjid Jamae Chulia ini,” tambah Encik Rasheed Zaman.

Selain itu, Masjid Jamae Chulia juga turut menawarkan jualan kupon amal – nasi beriani berharga $20 dan martabak $10 setiap satu, turut disediakan untuk orang.

SUMBANGAN IKHLAS


Sumbangan ikhlas kepada Masjid Jamae Chulia boleh dilakukan melalui:

1. Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

2. Kiriman cek atas nama Masjid Jamae Chulia dan dihantar melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

3. Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApp ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

4. Imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >