Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sejumah 7,118 pasangan cerai, pisah pada 2023

Jul 15, 2024 | 6:24 PM
Kadar perceraian am jatuh untuk kededua lelaki dan perempuan pada 2023 berbanding dengan 2013. 
Kadar perceraian am jatuh untuk kededua lelaki dan perempuan pada 2023 berbanding dengan 2013.  - Foto ST

Sejumlah 7,118 perkahwinan berakhir dengan perceraian atau pembatalan pada 2023, meningkat sedikit sebanyak 0.2 peratus daripada 7,107 pembatalan perkahwinan pada 2022.

Demikian menurut Statistik Perkahwinan dan Perceraian 2023 oleh Jabatan Perangkaan (DOS) pada 15 Julai.

Menurut statistik tersebut, antara 2014 dengan 2020, jumlah pembatalan perkahwinan adalah stabil.

Namun kadar turun naik diperhatikan dari 2020 akibat gangguan dalam prosiding perceraian disebabkan oleh pandemik Covid-19.

Ia termasuk penutupan sementara perkhidmatan mahkamah di Mahkamah Syariah pada akhir 2022 untuk persiapan pelancaran perkhidmatan perceraian dalam talian yang baru, serta pengurangan sementara dalam perkhidmatan mediasi dan pendengaran pada awal 2023 apabila Mahkamah Syariah mula melaksanakan perkhidmatan perceraian dalam talian yang baru.

Kadar perceraian am jatuh untuk kededua lelaki dan perempuan pada 2023 berbanding dengan 2013.

Dalam pada itu, terdapat 6.0 pembubaran perkahwinan bagi setiap 1,000 lelaki yang telah berkahwin, yang berumur 20 tahun ke atas pada 2023, yang berkurang daripada 7.3 pada 2013.

Terdapat juga 5.5 pembubaran perkahwinan bagi setiap 1,000 wanita yang telah berkahwin, yang berumur 20 tahun ke atas pada 2023, turun daripada 6.9 pada 2013.

Umur median semasa perceraian meningkat dalam tempoh 10 tahun yang lalu, daripada 42.4 tahun pada 2013 kepada 44.5 tahun pada 2023 bagi lelaki yang bercerai, dan dari 38.2 tahun kepada 40.8 tahun bagi perempuan yang bercerai.

Tempoh median perkahwinan untuk perceraian pada 2023 ialah 11.1 tahun, lebih lama dari 10.4 tahun pada 2013.

Pasangan yang kekal berkahwin selama lima hingga sembilan tahun sebelum perceraian menyumbang bahagian terbesar, iaitu 28.7 peratus daripada perceraian pada 2023.

Statistik yang sama juga menyatakan bahawa seramai 28,310 perkahwinan telah didaftarkan pada 2023, yang telah berkurang sebanyak 3.7 peratus daripada rekod tertinggi iaitu 29,3891 perkahwinan yang didaftarkan pada 2022.

Kecuali kadar turun naik dalam bilangan perkahwinan yang diperhatikan antara 2020 dengan 2022 yang timbul daripada gangguan dalam rancangan perkahwinan akibat pandemik Covid-19, bilangan perkahwinan antara 2014 dengan 2023 secara umumnya, stabil secara keseluruhan.

Kadar perkahwinan am untuk lelaki dan perempuan meningkat pada 2023 berbanding sedekad yang lalu.

Terdapat 44.3 perkahwinan bagi setiap seribu lelaki yang belum berkahwin, yang berumur 15 hingga 49 tahun pada 2023, satu peningkatan daripada 40.5 pada 2013.

Dalam pada itu, terdapat 43.1 perkahwinan bagi setiap 1,000 wanita yang belum berkahwin, yang berumur 15 hingga 49 tahun pada 2023, satu peningkatan daripada 36.9 pada 2013.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg