Sekilas COS 2026: Kementerian Ehwal Dalam Negeri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas COS 2026: Kementerian Ehwal Dalam Negeri

Feb 27, 2026 | 8:58 PM

Sekilas COS 2026: Kementerian Ehwal Dalam Negeri

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Kementerian Ehwal Dalam Negeri, SGSecure, keselamatan siber
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mengkaji penggunaan plat lesen yang berbeza bagi kenderaan elektrik (EV). - Foto fail

Plat lesen berbeza bagi EV

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang mengkaji penggunaan plat lesen yang berbeza bagi kenderaan elektrik (EV).

Langkah ini dapat membantu anggota Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) mengenal pasti dengan mudah EV dan selanjutnya mengambil prosedur khusus semasa kejadian, termasuk mewujudkan perimeter keselamatan yang lebih luas bagi mengambil kira risiko nyalaan api yang lebih kuat.

Orang ramai juga dapat mengenal pasti dengan lebih mudah bahawa kenderaan yang terlibat ialah EV dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk menjauhkan diri.

Tingkat usaha tangani ideologi ekstremis

MHA sedang mempergiat usaha jangkauan bagi memperkukuh daya tahan belia terhadap ideologi ekstremis serta meningkatkan kesedaran orang ramai tentang tanda awal radikalisasi.

Usaha ini merangkumi aktiviti interaktif SGSecure dan pelbagai saluran lain, selain penglibatan digital melalui akaun Instagram, Facebook dan TikTok SGSecure.

Bagi membantu belia dan pendidik mengenal pasti tanda radikalisasi, MHA akan menganjurkan bengkel dan forum bersama sekolah menengah, maktab rendah, madrasah dan institut pengajian tinggi (IHL).

Bengkel sedemikian turut diperluas kepada para pendidik di semua sekolah rendah, serta kepada pemimpin pelajar dan pendidik IHL.

Kempen SGSecure diperbaharui

MHA akan memperingati ulang tahun ke-10 SGSecure pada 2026.

Kempen SGSecure baharu akan dilancarkan untuk memberi tumpuan kepada cara bagaimana rakyat Singapura boleh mengambil tindakan praktikal demi menjaga keselamatan masyarakat.

Perkukuh tadbir urus AI

Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX) akan membangunkan bukti konsep bagi Platform Ujian dan Pemantauan Tadbir Urus AI berpusat untuk mengautomasikan semakan tadbir urus kecerdasan buatan (AI) dan memastikan pematuhan berterusan sepanjang kitaran hayat AI.

HTX juga akan melaksanakan sekatan perlindungan AI sebagai perkhidmatan (AI guardrails-as-a-service) bagi melindungi penyelesaian AI daripada serangan serta memastikan hasil yang dikeluarkan adalah selamat dan boleh dipercayai.

Had pandu bawah pengaruh alkohol diturun

Had memandu bawah pengaruh alkohol akan diturunkan kepada 15 mikrogram alkohol bagi setiap 100 mililiter nafas daripada 35 mikrogram alkohol bagi setiap 100 mililiter nafas.

Ini selaras dengan negara lain di Asia seperti Taiwan, Jepun, dan Korea Selatan.

Pindaan undang-undang akan dibuat menjelang akhir 2026 bagi melaksanakan perubahan tersebut.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg