Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas kes rasuah dalam politik S’pura

Jan 18, 2024 | 7:17 PM
TAN KIA GAN: Mantan Menteri Pembangunan Negara Tan Kia Gan telah disiasat pada Ogos 1966 kerana cuba membantu rakan rapat dan anaknya menjual pesawat Boeing kepada syarikat penerbangan Malaysian Airways.
TAN KIA GAN: Mantan Menteri Pembangunan Negara Tan Kia Gan telah disiasat pada Ogos 1966 kerana cuba membantu rakan rapat dan anaknya menjual pesawat Boeing kepada syarikat penerbangan Malaysian Airways. - Foto fail

Terdapat 3 kes rasuah melibatkan penjawat politik Singapura pada masa lalu. Berikut kes tersebut.

1966 - Tan Kia Gan

Mantan Menteri Pembangunan Negara Tan Kia Gan telah disiasat pada Ogos 1966 kerana cuba membantu rakan rapatnya, Lim Tjin Hauw, seorang peniaga, dan anaknya, William Lim, untuk menjual pesawat Boeing kepada syarikat penerbangan Malaysian Airways.

Dia, yang turut bertindak sebagai orang tengah bagi abang iparnya dalam penjualan lombong bijih timah kepada rakannya itu, menerima 70,000 saham berharga $1 seunit pada 1966.

Tan kemudian dilucutkan semua pelantikan awamnya oleh pemerintah.

1975 - Wee Toon Boon

Pada 1975, mantan Menteri Negara (Sekitaran) Wee Toon Boon dituduh menerima rasuah bernilai $839,023 pada April 1975 apabila siasatan mendedahkan bahawa dia menggunakan jawatannya sebagai menteri untuk membuat perwakilan kepada penjawat awam bagi pihak seorang pemaju, Lauw Tjin Ho, yang pada masa itu ialah pengerusi syarikat Lauw and Sons Pte Ltd.

Antara ganjaran diterimanya ialah sebuah banglo bernilai $532,000, pembinaan bumbung disalut besi untuk rumahnya bernilai $3,500, tiket penerbangan percuma untuknya dan keluarganya ke Indonesia, dan overdraf bank berjumlah $300,000 untuk membuat spekulasi dalam saham.

Wee disabitkan kesalahan dan dihukum penjara 4 tahun setengah serta diperintahkan membayar penalti $7,023. Hukuman penjaranya dikurangkan kepada 18 bulan selepas dia berjaya membuat rayuan terhadap salah satu daripada lima pertuduhan itu.

1986 - Teh Cheang Wan

Mantan Menteri Pembangunan Negara Teh Cheang Wan telah disiasat pada 1986 kerana menerima dua rasuah berasingan masing-masing berjumlah $1 juta.

Syarikat Hock Tat Development membayar Teh $500,000 pada 1981 selepas dia membantu syarikat itu mengekalkan sebidang tanah yang diperuntukkan untuk diambil alih oleh pemerintah, manakala seorang kakitangan syarikat Keck Seng Pte Ltd membayar Teh $500,000 pada 1982 selepas dia membantunya membeli sebidang tanah negara untuk pembangunan swasta.

Teh membunuh diri sebelum dia boleh didakwa secara rasmi di mahkamah. Dia mengekalkan bahawa dia tidak bersalah sehingga kematiannya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg