Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Iswaran didakwa terima rasuah, ‘barangan berharga’ dari Ong Beng Seng: CPIB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Iswaran didakwa terima rasuah, ‘barangan berharga’ dari Ong Beng Seng: CPIB

Jan 18, 2024 | 07:08 PM



Mantan Menteri Pengangkutan, S Iswaran menghadapi sebanyak 27 tuduhan selepas didakwa di mahkamah pada 18 Januari, termasuk menerima ganjaran berjumlah lebih $145,000 sebagai penjawat awam daripada hartawan Encik Ong Beng Seng.

Iswaran ketika diminta membuat pengakuan di mahkamah berkata dia tidak bersalah, lantas mahu kesnya dibicarakan.

Menyusuli pendakwaannya, Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) mengeluarkan kenyataan pada 18 Januari yang merumuskan pertuduhan dihadapkan ke atas mantan menteri itu.

Menurut kenyataan CPIB, Iswaran dikenakan dua tuduhan rasuah.

Di bawah pertuduhan itu, Iswaran, pada September 2022, didakwa menerima ganjaran secara rasuah daripada Encik Ong, bernilai sekitar $145,434, kerana memajukan kepentingan perniagaan Encik Ong dalam beberapa urusan berhubung satu kontrak antara Singapore GP dengan Lembaga Pelancongan Singapura (STB).

Dakwaan kedua di bawah tuduhan rasuah itu, menyatakan bahawa Iswaran, sebagai seorang menteri telah menerima ganjaran secara rasuah pada Disember 2022 berjumlah sekitar $20,848.03 kerana memajukan kepentingan perniagaan Encik Ong dalam urusan berhubung satu kontrak antara Singapore GP dengan STB dan satu usulan bagi satu kontrak bersama STB.

24 pertuduhan juga dikenakan terhadap Iswaran kerana didakwa menerima barangan berharga sebagai seorang penjawat awam, tanpa membuat pertimbangan.

Nilai barangan terbabit yang diterima dari Encik Ong dalam pertuduhan ini mencecah kira-kira $218,058.75 dan didakwa dilakukan antara November 2015 dengan Disember 2021, kata CPIB.

Selain itu, Iswaran dikenakan satu dakwaan melakukan perbuatan yang mengganggu proses pengadilan pada 25 Mei 2023.

Dokumen mahkamah mendedahkan perbuatan tersebut melibatkan Iswaran membayar balik kos penerbangan kelas bisnes dari Doha ke Singapura yang diterima pada 11 Disember 2022, yang dibayar kepada Encik Ong menerusi Singapore GP.

CPIB berkata, Singapura mengambil pendekatan toleransi sifar yang tegas terhadap perbuatan rasuah.

Mereka yang didapati bersalah dalam perbuatan rasuah di bawah undang-undang boleh didenda hingga $100,000 atau dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau kedua-duanya.

Sementara itu, mereka yang didapati bersalah di bawah seksyen 165 Kanun Keseksaan – melibatkan perbuatan menerima barangan berharga tinggi tanpa bayaran atau bayaran setimpal ketika memegang jawatan rasmi – boleh didenda atau dipenjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya, tambah CPIB.

Mereka yang didapati bersalah melakukan satu perbuatan yang boleh mengganggu proses pengadilan – dengan pengetahuan bahawa perbuatan itu boleh mengganggu proses pengadilan – boleh didenda atau dipenjara hingga tujuh tahun atau kedua-duanya sekali.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >