Pada 4 Ogos, Timbalan Perdana Menteri, Encik Gan Kim Yong, mengumumkan jawatankuasa bagi menyemak strategi ekonomi baru yang bertujuan untuk mengukuhkan kepentingan ekonomi Singapura di tengah-tengah cabaran perubahan pengubahsuaian semula ekonomi, penyesuaian semula geopolitik dan gangguan teknologi.
Ia terdiri daripada lima jawatankuasa berbeza.
Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama Pemangku Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Negara Kanan (Kewangan), Encik Jeffrey Siow; dan Menteri Negara Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling.
Ia bertujuan untuk meningkatkan nilai negara kepada pelabur antarabangsa.
Selain itu, ia juga akan membina asas kukuh syarikat Singapura yang beroperasi di peringkat sejagat, serta memastikan kedudukan Singapura sebagai hab untuk barangan, modal, tenaga kerja, data dan tenaga.
“
“Kami akan mengadakan rundingan secara meluas dengan sektor swasta. Justeru, jawatankuasa ini merangkumi wakil korporat kanan dari seluruh dunia yang mempunyai pengalaman mendalam dan kepakaran dalam bidang masing-masing untuk menasihati kami tentang hala tuju yang perlu diambil. Jawatankuasa Daya Saing Sejagat bertujuan memastikan Singapura kekal relevan dan terus ke hadapan dalam dunia yang sedang berubah dengan pantas.”Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Pendidikan), Cik Jasmin Lau; Setiausaha Parlimen Kanan (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Kemampanan dan Sekitaran), Cik Goh Hanyan.
Ia akan meneroka cara untuk memanfaatkan teknologi dan inovasi bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan daya saing Singapura termasuk mencetuskan peluang ekonomi baru menerusi teknologi seperti kecerdasan buatan (AI) dan mempercepat penerapan AI di seluruh ekonomi.
“
“Menerusi usaha jawatankuasa kami untuk menjadikan teknologi dan kecerdasan buatan (AI) lebih intensif, meluas dan terangkum, kami berharap dapat terus menggerakkan enjin inovasi dan penciptaan pekerjaan. Malah, bukan sekadar menggerakkannya bahkan mempercepatkannya. Kita tidak akan membiarkan pihak lain mengejar gelombang AI sementara kita hanya berdiri di tepi dan hanya memerhati kerana akhirnya, semua yang dilakukan oleh jawatankuasa ini mesti diterjemahkan kepada peluang pekerjaan yang baik untuk rakyat kita.”Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan merangkap Pembangunan Negara), Encik Alvin Tan; dan Menteri Negara (Kebudayaan, Masyarakat dan Belia merangkap Tenaga Manusia), Encik Dinesh Vasu Dash.
Ia akan memperkukuh ekosistem syarikat pemula dan keusahawanan di Singapura, bagi menyokong aspirasi keusahawanan rakyat dan menyumbang kepada ekonomi berasaskan inovasi terutama bagi syarikat pemula atau ‘start-up’ tempatan.
“
“Singapura kini menempatkan lebih 5,500 syarikat pemula, yang disokong oleh lebih 220 pemacu perniagaan dan pembina usaha niaga. Namun dunia terus bergerak pantas. Persaingan sejagat untuk bakat keusahawanan, pembiayaan dan idea inovatif semakin sengit. Oleh itu, kita mesti bergerak lebih pantas dan berusaha dengan lebih baik, serta memastikan Singapura kekal sebagai tempat yang paling menarik untuk para pengasas memulakan dan mengembangkan perniagaan mereka.”Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama Pemangku Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, merangkap Menteri Negara Kanan (Pendidikan), Encik David Neo; dan Menteri Negara Kanan (Kesihatan merangkap Tenaga Manusia), Dr Koh Poh Koon.
Ia akan menumpukan dalam usaha memperkasakan pekerja dengan kemahiran yang relevan, memudahkan mobiliti dan ketahanan kerjaya.
Ini ditambah dengan mempersiapkan pekerja menghadapi trend masa depan seperti gangguan AI dan ekonomi hijau.
“
“Kami ingin melengkapi tenaga kerja kita dengan kemahiran yang relevan untuk menghadapi aliran masa depan agar mereka dapat merebut peluang baru dan menguruskan risiko yang timbul daripada pemacu struktur yang mempengaruhi ekonomi, seperti jurang antara sektor ekonomi, AI dengan perubahan iklim.”Jawatankuasa itu akan dipengerusikan bersama Menteri Negara (Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Ehwal Dalam Negeri), Encik Goh Pei Ming; dan Menteri Negara (Pertahanan) yang juga Penolong Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), Encik Desmond Choo.
Ia akan mengkaji langkah untuk menangani kesan penyusunan semula dengan menyokong transformasi perusahaan, membantu pekerja beralih ke pekerjaan dengan masa depan lebih baik dan memperkukuh sokongan sistem serta jaringan keselamatan bagi mereka yang kehilangan pekerjaan.
“
“Kami akan memperkukuh sokongan di peringkat sistem yang lebih luas bagi pekerja yang kehilangan pekerjaan, agar mereka dapat bangkit semula dan mendapatkan pekerjaan yang bermakna. Bagi mereka yang paling terjejas, kami akan meneliti cara untuk menambah baik jaringan keselamatan sosial serta pelbagai bentuk bantuan sosial, demi memberi jaminan bahawa semua rakyat Singapura akan terus dipelihara ketika mereka beralih kepada peluang baru.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg