Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas perbahasan COS Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia

Mar 7, 2024 | 4:12 PM
Majlis Seni Kebangsaan Singapura (NAC) akan bekerjasama dengan penggiat seni dan rakan kongsi sektor penjagaan kesihatan untuk mempromosikan kesejahteraan melalui seni.
Majlis Seni Kebangsaan Singapura (NAC) akan bekerjasama dengan penggiat seni dan rakan kongsi sektor penjagaan kesihatan untuk mempromosikan kesejahteraan melalui seni. - Foto fail ST

Kerjasama bangun program tingkat kesejahteraan melalui seni

Majlis Seni Kebangsaan Singapura (NAC) akan bekerjasama dengan penggiat seni dan rakan kongsi sektor penjagaan kesihatan untuk mempromosikan kesejahteraan melalui seni.

Satu program rintis akan dilaksanakan di hospital masyarakat SingHealth pada penghujung 2024 untuk mengumpul pandangan bagi membangunkan rangka kerja program seni yang direka khas untuk meningkatkan kesejahteraan peribadi.

Platform baru satukan penderma, pertubuhan

Satu platform baru akan dibangunkan untuk menghimpunkan penderma, pertubuhan bukan mencari untung peringkat awam dan swasta untuk menaikkan taraf hidup keluarga berpendapatan rendah.

Dinamakan ‘Collective for a Stronger Society’ atau Kolektif untuk Masyarakat Lebih Teguh, platform itu akan membantu penderma lebih menghargai keperluan masyarakat dan menyalurkan sumber mereka.

Ditubuhkan oleh Yayasan Masyarakat Singapura dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) dan disokong Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY), ia akan membolehkan penderma berhubung dengan inisiatif yang membantu keluarga berpendapatan rendah dan mencari huraian bagi menangani keperluan yang tidak dipenuhi dalam masyarakat. 

Mentoring SG ingin dekati lagi 300 firma pada 2024

Pada 2024, Mentoring SG menetapkan sasaran bekerjasama dengan 300 syarikat.

Dilancarkan pada Disember 2022 untuk membina budaya pementoran dalam kalangan golongan muda di Singapura, Mentoring SG akan menyalurkan lebih banyak usaha ke dalam daya usaha yang diterajui industri.

Sehingga kini, ia telah mendekati kira-kira 100 firma, 2,000 mentor dan lebih 5,000 orang muda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg