Sekilas perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Ehwal Dalam Negeri
Sekilas perbahasan Jawatankuasa Perbekalan Kementerian Ehwal Dalam Negeri
Jalinan antara CNB, sekolah dan ibu bapa dipertingkat
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkongsi bahawa Biro Narkotik Pusat (CNB) akan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan (MOE) bagi menjemput pemimpin Kumpulan Sokongan Ibu Bapa menyertai sesi membangunkan kebolehan berkenaan topik berkaitan dadah.
Ujian Analitik Rambut pantau bekas pesalah dadah diperluas
Menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Profesor Madya Razwana Begum Abdul Rahim, berkenaan rejim ‘Penyeliaan 2.0’, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata Ujian Analitik Rambut akan diperluaskan sebagai mekanisme pengawasan biasa untuk memantau bekas pesalah dadah mengesan penyalahgunaan dadah dalam tempoh lebih lama berbanding dengan ujian air kencing.
Inisiatif penyeliaan 2.0 dirintis pada Januari 2024 bagi menyokong perjalanan penyepaduan semula bekas pesalah dengan lebih baik melalui pemantauan yang lebih cekap.
Program kukuh hubungan keluarga dengan pesalah
Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berkata Perkhidmatan Penjara Singapura (SPS) sedang mencuba Model Penglibatan Keluarga, bertujuan mengukuhkan kebolehan pesalah dan keluarga membina hubungan melalui program penyepaduan semula.
Rangka kerja kecekapan tangani jenayah siber
Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri, Cik Josephine Teo, menjelaskan bahawa Pasukan Polis Singapura (SPF) telah melaksanakan rangka kerja kecekapan jenayah siber bagi memberikan set kemahiran kepada pegawai untuk menangani jenayah ini yang berkembang pesat.

