Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sekilas perkembangan susulan perbahasan Jawatankuasa Pembekalan pada 28 Feb

Feb 28, 2025 | 8:29 PM
Sekilas perkembangan susulan perbahasan Jawatankuasa Pembekalan (COS) oleh Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan pada 28 Februari.
Sekilas perkembangan susulan perbahasan Jawatankuasa Pembekalan (COS) oleh Pejabat Perdana Menteri dan Kementerian Kewangan pada 28 Februari. - Foto fail

Sekretariat Perubahan Iklim Nasional (NCCS), Pejabat Perdana Menteri (PMO)

  1. Singapura di landasan betul kurangkan pelepasan karbon sebanyak 60 juta tan menjelang 2030 Menteri Kanan, yang juga Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, Encik Teo Chee Hean, berkata Singapura mengikut jadual untuk tepati sasaran pengurangan pelepasan karbon dioksida sebanyak 60 juta tan, seperti yang ditetapkan dalam Sumbangan Ditentukan Negara (NDC), menjelang 2030. Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Cik Cheryl Chan (GRC East Coast), Dr Lim Wee Kiak dan Cik Poh Li San (GRC Sembawang) mengenai status perkembangan NDC 2030.

Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD), PMO

  1. Penubuhan Program CareerFitness dan Rangkaian Jurulatih Kerjaya Perkhidmatan Awam Menteri Pendidikan yang juga Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing, berkata PSD telah memperkenalkan Rangkaian Jurulatih Kerjaya Perkhidmatan Awam dan akan meningkatkan Program CareerFitness memperkasakan pegawai perkhidmatan awam membina daya tahan kerjaya dan kekal tangkas dalam merentasi peringkat kehidupan berbeza. Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Encik Patrick Tay (Pioneer) mengenai usaha pemerintah dalam memperluaskan jangka kerjaya pegawai.
  1. Terma rujukan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya (EBRC) semasa menyemak kawasan undi Encik Chan menjelaskan bahawa terma rujukan semasa, akan memberikan kestabilan dalam landskap pilihan raya Singapura dengan mengimbangi bahagian Kawasan Undi Perwakilan Berkumpulan (GRC) serta Kawasan Undi Perseorangan (SMC). Adanya Anggota Parlimen (AP) yang berkhidmat dengan bilangan pengundi yang hampir sama secara purata seperti pilihan raya sebelum ini, AP dalam Parlimen seterusnya boleh terus berkhidmat dan mewakili penduduk secara berkesan. Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan AP Tanpa Kawasan Undi (NCMP) dari Parti Kemajuan Singapura (PSP), Cik Hazel Poa, yang bertanya tentang terma rujukan EBRC.

Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras), Kementerian Kewangan (MOF)

  1. Tempoh tangguh GST dilanjutkan dari satu bulan ke dua bulan Menteri Pengangkutan merangkap Menteri Kedua Kewangan, Encik Chee Hong Tat, mengumumkan bahawa Iras akan melanjutkan tempoh tangguh bagi perniagaan mengenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) kepada dua bulan, naik dari sebulan. Ini bagi memberikan lebih masa kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) membuat persediaan. Ia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2025 dan memanfaatkan 1,500 perniagaan setiap tahun. Buat masa ini, perniagaan yang dijangka melangkau pusing ganti (turnover) sebanyak $1 juta yang boleh dikenakan cukai dalam tempoh 12 bulan mendatang, harus mendaftar dan mula mengenakan GST dalam masa sebulan daripada tarikh ramalan.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg