Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sekitar 86,000 pemandu, penumpang guna kod QR untuk lepasi imigresen

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Sekitar 86,000 pemandu, penumpang guna kod QR untuk lepasi imigresen

Susuli inisiatif ICA di pusat Tuas, Woodlands mulai 19 Mac
Mar 21, 2024 | 01:30 PM



Kira-kira 86,000 atau 46 peratus daripada jumlah pemandu dan penumpang kereta telah mengimbas kod QR untuk pelepasan imigresen melalui pusat pemeriksaan Woodlands dan Tuas pada 20 Mac.

Inisiatif kod QR untuk pelepasan imigresen ini, yang dilancarkan pada 19 Mac, membolehkan pemandu dan penumpang kereta yang tiba dan berlepas dari pusat pemeriksaan darat untuk menggunakan kod QR sebagai ganti pasport.

Majoriti daripada mereka telah menjana kod QR individu dan/atau kumpulan sebelum tiba di pusat pemeriksaan dan berjaya lepas imigresen dengan lancar, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada 21 Mac.

“Maklum balas yang dikumpul daripada pengguna kod QR adalah positif, terutamanya bagi mereka yang melancong secara kumpulan kerana mereka mendapati proses itu lebih mudah, lebih pantas dan bebas daripada kekecohan,” tambah ICA lagi, menurut The Straits Times.


Namun, pemandu dan penumpang kereta masih perlu membawa pasport mereka semasa dalam perjalanan untuk proses pengesahan untuk kes tertentu.

Mereka masih memerlukan pasport untuk pengesahan identiti di pusat pemeriksaan di Malaysia.

Timbalan Pengarah 2 Divisyen Operasi ICA, Penolong Pesuruhjaya Phua Chiew Hua, turut berkata:

“Kami menggalakkan pemandu dan penumpang kereta untuk menggunakan kod QR, terutamanya dengan hujung minggu panjang Good Friday yang akan datang kerana trafik dijangka akan lebih sesak.”


ICA juga mengingati orang awam bahawa pelawat kali pertama dan mereka yang memasuki Singapura semula menggunakan pasport berbeza daripada semasa lawatan terakhir mereka ke negara ini perlu mengemukakan pasport mereka bagi pelepasan imigresen.

Mereka akan dapat menggunakan pelepasan kod QR pada perjalanan seterusnya.

Dalam pada itu, semua pelawat asing yang melalui pusat pemeriksaan darat menggunakan kod QR atau pasport untuk pelepasan imigresen perlu menyerahkan Kad Ketibaan Singapura (SGAC) dalam tempoh tiga hari (termasuk hari ketibaan) sebelum tiba di Singapura melalui aplikasi mudah alih MyICA atau laman web ICA.

Kod QR kumpulan yang sama boleh digunakan untuk lebih daripada satu lawatan, jika bilangan pemandu dan penumpang dengan butiran pasport yang sama melawat bersama.

Jika terdapat perubahan dalam butiran pasport, kod QR boleh dikemas kini dengan mudah melalui aplikasi mudah alih MyICA.

Kod QR yang tidak sepadan dengan butiran dan bilangan pelancong di dalam kenderaan tidak akan diterima dan pelancong perlu mengemukakan pasport mereka untuk pengesahan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >