Menyaksikan langit malam bermandikan cahaya bunga api semasa Singapura menyambut ulang tahun kemerdekaannya adalah kegiatan yang dinanti-nantikan Cik Nurul Syuadah Kadar setiap tahun.

Beliau mahu berada berdekatan Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP) semata-mata untuk menyaksikan pemandangan itu, meskipun tidak mendapat tiket ke acara itu.