Semangat kemasyarakatan terus mekar selepas Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semangat kemasyarakatan terus mekar selepas Ramadan

Pelajar Madrasah Perdaus ceriakan warga emas di Pertapis dan Ren Ci sempena Aidilfitri
Mar 24, 2026 | 5:30 AM

Semangat kemasyarakatan terus mekar selepas Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pelajar Madrasah Perdaus menyantuni warga Muslim di Rumah Rawatan Ren Ci pada 2025, bagi menyerikan Ramadan mereka. Kegiatan itu merupakan salah satu daya usaha yang dijayakan setiap tahun di bawah kempen ‘Food Aid Perdaus’.
Pelajar Madrasah Perdaus menyantuni warga Muslim di Rumah Rawatan Ren Ci pada 2025, bagi menyerikan Ramadan mereka. Kegiatan itu merupakan salah satu daya usaha yang dijayakan setiap tahun di bawah kempen ‘Food Aid Perdaus’. - Foto PERDAUS

Walaupun Ramadan telah berlalu, semangat kemasyarakatan pelajar Madrasah Perdaus terus menyala.

Pelajar Menengah 2 dan 4 akan berkunjung ke Pertapis dan Ren Ci bagi menceriakan warga emas di sana sempena Hari Raya Aidilfitri.

Selain meluangkan masa, mereka turut merancang pelbagai kegiatan menarik seperti berpantun dan permainan susun suai gambar (jigsaw), di samping mengagihkan pek penjagaan berisi snek sihat dan kad Hari Raya buatan tangan mereka.

Daya usaha murni itu adalah sebahagian daripada projek kemasyarakatan di bawah ‘Food Aid Perdaus’.

Sejak 2011, Perdaus telah menyentuh hati lebih 10,000 keluarga dan individu melalui Projek Food Aid Ramadan bagi membawa keceriaan Ramadan dan Syawal kepada mereka.

Projek itu melibatkan pelajar Perdaus, menjadikannya medan pembelajaran berasaskan pengalaman yang penting dalam kurikulum pendidikan agama mingguan mereka.

Menurut Pengurus Imad Perdaus, Ustazah Farhana Abdul Hamid, pendekatan sebegitu amat berkesan dalam menyemai nilai murni yang ingin Perdaus terapkan.

“Pengalaman kami selama ini membuktikan bahawa kaedah ini berjaya menyuntik kesedaran tentang nilai-nilai yang Perdaus hasratkan dalam peribadi pelajar kami.

“Taklimat, atau sesi refleksi, selepas acara membantu pelajar mendalami apa yang telah mereka pelajari.

“Ia juga meningkatkan kecekapan mereka dalam program kemasyarakatan, lantas membina keyakinan diri sebagai pemimpin masa depan dan Muslim yang lebih baik,” ujar Ustazah Farhana.

Kini, Perdaus melebarkan sayap Projek Food Aid melangkaui Ramadan atas permintaan tinggi, termasuk pengagihan baucar runcit dan daging korban semasa musim korban, yang turut digerakkan oleh belia Perdaus.

Ramadan 2026 ini menyaksikan lebih 200 keluarga menerima baucar Food Aid daripada pelbagai sumber seperti masjid, kelab masyarakat, dan badan Islam termasuk Fitrah, dengan penglibatan aktif pelajar menengah Madrasah Perdaus.

Pada 2025, lebih 150 keluarga di Bedok turut menerima sumbangan daging korban dan baucar runcit Perdaus yang diagihkan oleh belia Perdaus.

Projek itu disokong oleh zakat harta dan sumbangan ikhlas masyarakat.

Perdaus, sebuah badan amal dan dakwah berdaftar di Singapura, mengalu-alukan sokongan berterusan demi memperkasa pendidikan Islam, membangunkan belia, dan membantu golongan memerlukan.

Zakat Anda Besar Erti dan Penuh Makna

Setiap sumbangan yang anda hulurkan membantu memperkukuh pendidikan Islam, memperkasa asatizah serta membina generasi masa depan yang lebih cemerlang dan berpegang teguh pada nilai murni.

Cara Menyumbang Zakat dan Derma

1. Untuk menunaikan zakat harta kepada Perdaus secara dalam talian, sila ke pautan, swiy.co/pdszakat

2. Anda juga boleh menderma melalui PayNow di S64SS0031JQRB (sila WhatsApp ke talian 8127-3729 untuk resit).

3. Pegawai amil Perdaus juga boleh ke rumah anda melalui janji temu untuk memungut zakat berjumlah $500 ke atas. Sila hubungi talian 8127-3729.

4. Anda boleh menderma, melalui swiy.co/ramadhan untuk menyokong projek Food Aid Perdaus sepanjang tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg