Semangat sambut Raya berkobar-kobar bila dapat pilih baju Raya sendiri
Semangat sambut Raya berkobar-kobar bila dapat pilih baju Raya sendiri
Projek Membina Kasi Balik berkembang dalam tiga edisi, dari hanya bantu 10 kanak-kanak kepada 100 penerima bantuan
Mar 30, 2026 | 5:27 PM
Semangat sambut Raya berkobar-kobar bila dapat pilih baju Raya sendiri
Sekitar 240 peserta menghadiri majlis iftar kemasyarakatan sempena Projek Membina Kasi Balik 2026 yang menghimpunkan keluarga, sukarelawan dan rakan kerjasama pertubuhan tidak mengaut untung, Membina Community, pada 14 Mac lalu. - Foto MEMBINA COMMUNITY
Jika edisi pertama Projek Membina Kasi Balik merupakan usaha kecil-kecilan membantu 10 kanak-kanak kurang berkemampuan, edisi ketiganya pada 2026 berkembang pesat dan menghimpunkan 100 kanak-kanak yang berpeluang memilih sendiri baju Raya mereka di kedai Kurta Boys Singapore di 122 Arab Street.
Ini dilakukan sebelum mereka menghadiri satu majlis iftar kemasyarakatan bersama keluarga, sukarelawan dan rakan masyarakat anjuran bersama dua badan tidak mengaut untung, Membina Community dan Antica Foundation, di Pusat Seni Aliwal pada 14 Mac lalu.
Laporan berkaitan
Habuan ‘Meat For Eid’ Jamiyah untuk 3,500 keluarga memerlukan di 16 kawasan undiMar 17, 2026 | 3:25 PM
Acara larian himpun belia, kumpul dana bantu kanak-kanak memerlukan sambut RayaMar 18, 2026 | 2:33 PM

