Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Semangat sukarelawan diperkasa menerusi latihan, anugerah baru MSF

Jul 25, 2025 | 8:11 PM
Semakin ramai kini menjalankan kerja sukarela secara tetap dan menggunakan kemahiran mereka untuk membantu orang lain, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli semasa Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi MSF (MVPA) pada 25 Julai. Dalam pada itu, beliau mengumumkan program latihan asas, tambahan empat kategori kepada anugerah MSF, serta Kad Skor Impak baru.
Semakin ramai kini menjalankan kerja sukarela secara tetap dan menggunakan kemahiran mereka untuk membantu orang lain, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli semasa Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi MSF (MVPA) pada 25 Julai. Dalam pada itu, beliau mengumumkan program latihan asas, tambahan empat kategori kepada anugerah MSF, serta Kad Skor Impak baru. - Foto ZB

Satu program latihan asas baru bagi sukarelawan di bawah Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF) bakal dilancarkan pada Ogos 2025.

Program ini, yang dikendalikan oleh Rangkaian Penjagaan MSF (MSFCare Network), bertujuan menyambut kedatangan sukarelawan baru sambil melengkapkan mereka dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan peranan kesukarelawanan masing-masing, kata Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga, Encik Masagos Zulkifli.

Beliau berkata demikian semasa upacara Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi MSF (MVPA) pada 25 Julai bagi mengiktiraf impak para sukarelawan, agensi perkhidmatan sosial (SSA) dan rakan korporat dalam mencapai misi MSF untuk membina masyarakat yang lebih berdaya tahan.

“Semakin ramai kini menjalankan kerja kesukarelawanan secara tetap dan menggunakan kemahiran mereka untuk membantu orang lain.

“Ini jelas dalam kalangan ramai yang dengan ikhlas memperuntukkan masa dan tenaga demi berkongsi kepakaran masing-masing serta menyumbang kepada usaha yang mereka percaya,” ujar beliau.

Setakat ini, seramai 66 sukarelawan telah menyertai dua projek perintis di bawah program tersebut yang dijalankan bersama Universiti Sains Sosial Singapura (SUSS), di mana maklum balas yang diterima adalah ‘amat menggalakkan’, menurut MSF.

Dengan itu, MSF menyasarkan untuk melatih sekitar 500 sukarelawan setiap setahun dalam aspek seperti kemahiran berkomunikasi dengan empati, bina kepercayaan bersama penerima bantuan, serta meningkatkan keyakinan diri.

Program latihan tersebut merupakan salah satu daripada tiga pengumuman utama di bawah rangka kerja MSF yang diperbaharui.

Dua lagi usaha itu termasuk kategori baru dalam Anugerah Sukarelawan dan Rakan Kongsi MSF (MVPA) dan Kad Skor Impak bagi menjejak sumbangan para sukarelawan dan rakan kongsi MSF.

Di bawah rangka kerja MVPA yang diperbaharui ini, ia merangkumi empat kategori anugerah utama, iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat, Anugerah Agensi Cemerlang, Anugerah Rakan Kongsi Cemerlang dan Anugerah Khidmat Sepanjang Hayat.

Seramai 140 penerima menerima 121 anugerah tahun ini, termasuk 30 penerima yang telah berkhidmat selama sekurang-kurangnya 20 tahun.

Antara mereka termasuk Cik Asiah Mohamed Salleh, 65 tahun.

Bersama suaminya, Encik Muhammad Ashraf Koh Abdullah, 60 tahun, mereka telah menjadi ibu dan bapa angkat kepada lebih 10 kanak-kanak sejak menyertai Skim Keluarga Titipan MSF pada 2003.

Terdorong oleh teladan ibu bapanya yang pernah menjaga anak jiran sehingga dewasa, serta keprihatinan terhadap kes penderaan kanak-kanak, beliau mengambil keputusan untuk membuka pintu rumahnya kepada kanak-kanak yang memerlukan perlindungan dan kasih sayang.

Keputusan itu turut disokong sepenuhnya oleh suaminya, Encik Muhammad Ashraf Koh Abdullah, 60 tahun, yang bersama-sama memainkan peranan dalam memastikan setiap anak angkat diterima sepenuhnya sebagai anggota keluarga.

Meskipun tidak berpengalaman dalam menjaga kanak-kanak berkeperluan khas, pasangan itu menghadiri kursus latihan yang disediakan oleh MSF, dan memastikan setiap anak mendapat intervensi awal serta terapi yang sewajarnya.

“Walaupun mereka kelihatan mampu berdikari, kanak-kanak ini sebenarnya memerlukan seseorang untuk menyayangi dan menjaga mereka,” kata Cik Asiah semasa ditemui Berita Harian di majlis penyampaian anugerah itu.

Sumbangan seperti ini juga diserlahkan dalam Kad Skor Impak yang diperkenalkan oleh MSF bagi menilai serta menjejak sumbangan para sukarelawan dan rakan kongsi secara secara lebih menyeluruh dan telus.

Kad Skor Impak yang diperkenalkan oleh MSF pada 25 Julai bagi menilai serta menjejak sumbangan para sukarelawan dan rakan kongsi secara secara lebih menyeluruh dan telus.
Kad Skor Impak yang diperkenalkan oleh MSF pada 25 Julai bagi menilai serta menjejak sumbangan para sukarelawan dan rakan kongsi secara secara lebih menyeluruh dan telus. - Foto MSF

Dalam kad ini, lebih 3,000 sukarelawan aktif telah menyumbangkan masa dan tenaga mereka pada 2024, manakala sumbangan daripada rakan korporat mencecah $11 juta yang telah memberi manfaat kepada lebih 15,000 individu.

Sambil menekankan kepentingan pengiktirafan terhadap usaha sukarelawan yang dijalankan secara konsisten dan berkesan, Encik Masagos berkata:

“Dengan kerjasama semua pihak, termasuk sukarelawan, agensi sosial dan rakan korporat, kita dapat memperkukuh jaringan sokongan sosial di Singapura.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg