Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Senarai kredit, baucar pemerintah yang perlu ditebus sebelum 1 Jan 2026

Dec 31, 2025 | 2:13 PM
CDC, skillsfuture credit, expire, 31 December
Setiap isi rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang warga Singapura menerima keseluruhan $800 baucar CDC pada 2025, yang akan luput selepas 31 Disember/ - Foto fail

Menjelang penghujung tahun, ramai yang kelam-kabut menuntut baucar pemerintah yang masih belum digunakan.

Belanjawan 2025 menyaksikan pelaksanaan pelbagai skim untuk membantu warga dan penduduk tetap Singapura.

Sebilangan baucar yang diberikan akan luput pada 31 Disember. 

Semua baucar dan kredit boleh diakses melalui Singpass.

Berikut adalah skim yang perlu diaktifkan atau digunakan sebelum 1 Januari 2026:

1. Kredit $500 daripada tokokan SkillsFuture pada 2020

Kredit ini boleh digunakan untuk pelbagai kursus berkaitan kemahiran yang diluluskan, di samping subsidi sedia ada pemerintah bagi sesetengah kursus.

Ia boleh diakses melalui laman web MySkillsFuture di myskillsfuture.gov.sg.

Setiap warga Singapura berusia 25 tahun dan ke atas pada 2020 mendapat tambah nilai tersebut.

Kredit yang tidak digunakan akan luput pada 31 Disember.

2. Kredit $100 ActiveSG

Kredit ini boleh digunakan untuk program gaya hidup sihat serta akses ke kemudahan seperti gim dan kolam renang.

Ia boleh diakses melalui laman web ActiveSG di activesg.gov.sg/home

Kredit ini perlu ditebus sebelum 31 Disember.

Kredit yang tidak digunakan secara automatik akan dilanjutkan hingga 31 Disember 2026 dan akan dibawa ke 2027 dengan syarat. sekurang-kurangnya satu transaksi telah dilakukan pada 2026 (termasuk tempahan percuma melalui MyActiveSG+).

3. Baucar CDC $800

Jumlah keseluruhan $800 baucar Majlis Pembangunan Masyarakat (CDC) telah diagihkan kepada isi rumah pada 2025, dengan agihan sebanyak $300 pada Januari dan tambahan $500 pada Jun.

Ia boleh digunakan di gerai makanan, perniagaan di kawasan kejiranan dan pasar raya yang mengambil bahagian.

Perniagaan yang menerima baucar itu mempunyai pelekat CDC yang dipamerkan di depan premis mereka, lapor The Straits Times (ST).

Ia boleh diakses melalui laman web signup.redeem.gov.sg.

Baucar ini diagihkan kepada setiap isi rumah yang mempunyai sekurang-kurangnya seorang warga Singapura.

Baucar yang tidak digunakan akan luput selepas 31 Disember.

Berikut adalah skim yang tidak perlu diaktifkan atau digunakan sebelum 1 Januari 2026:

1. Baucar SG60

Ia boleh digunakan di gerai makanan, perniagaan di kawasan kejiranan dan pasar raya yang mengambil bahagian.

Baucar ini boleh diakses melalui laman web signup.redeem.gov.sg.

Warga Singapura berusia dari 21 hingga 59 tahun pada 2025 menerima baucar sebanyak $600, manakala yang berusia 60 tahun dan ke atas pada 2025 menerima $800.

Baucar ini akan luput pada 31 Disember 2026.

2. Kredit $100 Pas Budaya SG

Kredit ini boleh digunakan bagi pembayaran tiket aktiviti atau program seni dan warisan tempatan yang mengambil bahagian, seperti yang disenaraikan di laman web Pas Budaya SG.

Kredit ini oleh diakses melalui laman web sgculturepass.gov.sg. 

Setiap warga Singapura berusia 18 tahun dan ke atas pada 2025 layak menebus kredit ini.

Kredit mesti digunakan untuk program yang berlangsung pada atau sebelum 31 Disember 2028.

3. Baucar Iklim $400

Baucar iklim bernilai $300 telah diagihkan pada April 2024, manakala tambahan $100 diagihkan pada April 2025.

Ia boleh digunakan untuk membeli produk rumah yang cekap tenaga dan air di lebih 150 peruncit yang mengambil bahagian, di lebih 500 cawangan.

Ia boleh diakses melalui laman web signup.redeem.gov.sg. 

Baucar ini diagihkan kepada setiap isi rumah warga Singapura yang tinggal di flat Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dan privet.

Baucar ini perlu ditebus dan digunakan sebelum 31 Disember 2027.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg