Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sentri digital awasi pemandu di tempat letak kereta pasar Geylang Serai

Jun 10, 2025 | 7:22 PM
Pasar Geylang Serai, Sentri digital, Faisal Ibrahim
Sentri digital mempunyai sistem perisian pemantauan video yang mampu merakam plat lesen kenderaan pemandu yang melakukan kesalahan. - Foto FACEBOOK FAISHAL IBRAHIM

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan memulakan projek perintis memasang sentri digital di tempat meletak kereta berbilang tingkat di Pusat Penjaja dan Pasar Geylang Serai.

Sentri yang bertindak seperti ‘pegawai penguatkuasaan meletak kereta’ ini akan memantau tempat meletak kereta berkenaan sepanjang 24 jam.

Demikian didedahkan Menteri Negara Kanan (Ehwal Dalam Negeri), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, di hantaran Facebook, pada 10 Jun.

Sentri digital berupa sistem keselamatan dan pemantauan ini dibangunkan firma setempat, Smartguard.

Menurut laman Smartguard, alat sentri ini mempunyai sistem perisian memantau video yang boleh ‘menangkap’ paparan plat lesen kenderaan pemandu yang melanggar undang-undang.

Ia juga mempunyai skrin LED dan siren tiga hala yang aktif menjalankan kerja menghalang perkara sebegini berlaku.

Menurut Dr Faishal, yang juga Anggota Parlimen GRC Marine Parade-Braddell Heights, langkah ini akan membantu melancarkan trafik dengan menggerakkan pemandu lain agar mengalihkan kenderaan mereka.

“Plat lesen pemandu yang memilih untuk terus menanti di kawasan yang menyekat pergerakan trafik akan dirakam dan tindakan penguatkuasaan akan diambil ke atas mereka.

“Marilah kita mainkan peranan kita bagi memastikan pengalaman meletak kereta (di tempat meletak kereta berbilang tingkat ini) bagi semua orang lebih baik sebelum kita menikmati teh tarik kegemaran kita atau membeli-belah (di Geylang),” jelas Dr Faishal.

Beliau telah menerima beberapa maklum balas mengenai kesesakan di Dek 3A, tempat letak kereta berbilang tingkat di Blok 2 Geylang Serai Road itu.

“Ini (kesesakan) menyusahkan penduduk dan pengunjung. Saya lebih bimbang kerana keadaan sebegini tidak selamat untuk warga emas dan mereka yang mempunyai masalah pergerakan, lantas mungkin terhalang daripada melihat kenderaan yang datang,” kata Dr Faishal lagi.

Beliau berkata walaupun pegawai penguatkuasa tempat meletak kereta bertindak segera dalam memastikan pergerakan kenderaan di situ tidak menimbulkan masalah, ia bukan satu penyelesaian kerana pemandu terus meletak kenderaan mereka di situ serta menunggu pegawai penguatkuasaan untuk beredar.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg