(Penerima TTFS dari 2021 hingga 2023 bagi pengajian Diploma Perniagaan Maritim di Politeknik Singapura. Sekarang, beliau sedang meneruskan pengajian ijazah sarjana muda dalam Perniagaan Maritim di Universiti Plymouth, United Kingdom.)
“TTFS telah meringankan beban kewangan keluarga saya, lantas membolehkan saya memberi tumpuan kepada pengajian, penglibatan masyarakat dan kegiatan kokurikulum (CCA), tanpa perlu memikirkan hal kewangan. Sumbangan TTFS sangat penting dalam membantu saya mencapai matlamat dan memanfaatkan masa sepanjang di politeknik. Saya menanti untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana muda dalam Perniagaan Maritim di luar negara, di Universiti Plymouth. Terima kasih Mendaki kerana telah merealisasikan perjalanan ini.”
(Penerima TTFS dari tahun 2017 hingga 2021 untuk ijazah sarjana muda Sains dalam jurusan Kewangan di Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS). Beliau sekarang berkhidmat secara profesional di syarikat Fintech.)
“Sokongan TTFS memudahkan saya menerokai pelbagai peluang mengukuhkan bakat, keupayaan dan pengalaman di luar sekolah. Pengalaman tersebut sangat berharga dan saya berterima kasih kepada Mendaki kerana memberi ‘batu loncatan’ kepada saya untuk merasai pengalaman penuh sebagai pelajar, yang saya percaya setiap pelajar perlu ada. Saya berharap dapat terus menyumbang kembali kepada masyarakat, dengan harapan agar belia di luar sana mendapat bantuan dan sokongan yang layak diterima dalam perjalanan pendidikan mereka.”


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg