Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai sesi perkongsian inspirasi Pesuruhjaya Kehakiman yang pergi ke sekolah kejiranan

Sep 25, 2024 | 12:18 PM
Encik Faizal akan mengongsi pengalamannya menaiki tangga kerjaya.
Encik Faizal akan mengongsi pengalamannya menaiki tangga kerjaya. - BH

Tidak pernah terlintas dalam fikiran Encik Mohamed Faizal Mohamed Abdul Kadir untuk menaiki tangga kerjaya dalam bidang guaman.

Apatah lagi, bekas pelajar Sekolah Menengah Bedok View dan Maktab Rendah Tampines itu menganggap dirinya sebagai pelajar biasa sahaja.

Namun, sinarnya menjadi cerah apabila beliau memasuki Fakulti Undang-Undang di Universiti Nasional Singapura (NUS).

Beliau cemerlang dalam pengajiannya sehingga berjaya mendapat ijazah Kelas Pertama!

Kerjayanya juga berbeza dari kebanyakan peguam lain yang memasuki sektor swasta. Sebaliknya, beliau memutuskan memasuki sektor awam.

Tahun lalu, Encik Faizal menjadi antara tiga Pesuruhjaya Kehakiman (JC) Mahkamah Agung yang dilantik mantan Presiden Halimah Yacob.

Kejayaan Encik Faizal dalam kerjaya guamannya akan dikongsi dalam Siri Jauhari yang akan berlangsung pada 30 September ini.

Siri Jauhari yang kelima ini dianjurkan oleh Berita Harian dan jenama golongan muda BH, OMGxBH bagi membolehkan pemenang Anugerah Jauhari BH mengonsi panduan kehidupan dan kerjaya bersama anak-anak muda berusia 18 hingga 35 tahun.

Siri ini yang dimulakan pada Mei lalu, pernah menampilkan para pemenang Anugerah Jauhari yang lain seperti mantan Presiden Halimah Yacob dan mantan ketua pegawai eksekutif (CEO) Bank of Singapore, Encik Bahren Shaari.

“Saya bukan pelajar cemerlang di sekolah menengah. Saya boleh dianggap ‘late-bloomer’ yang hanya menunjukkan potensi lewat dalam kehidupan semasa di universiti,’‘ kata beliau yang memenangi Anugerah Jauhari BH pada 2020.

Encik Faizal mempunyai pengalaman lebih 18 tahun dalam perkhidmatan guaman dan pernah menjadi penolong pendaftar di Mahkamah Agung dan timbalan pendakwa raya di Pejabat Peguam Negara (AGC).

Beliau dilantik sebagai peguam kanan atau Senior Counsel (SC) pada 2020, menjadi Melayu/Islam pertama menjawat jawatan itu.

Ingin mendengar perkongsian beliau? Sertai sesi ini di kafe (working title) di Maktab Seni LaSalle dari 7.30 hingga 9.30 malam.

Daftar sekarang di https://go.gov.sg/omgxbh-30Sep.

Tiada bayaran dikenakan. Jamuan malam dan ruang solat disediakan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg