Sertai TAA tunjuk ‘Seikhlas Kasih, Berjuta Harapan’ bagi golongan memerlukan pada Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sertai TAA tunjuk ‘Seikhlas Kasih, Berjuta Harapan’ bagi golongan memerlukan pada Ramadan

Kempen Dana Amal TAA Ramadan 2026 dilancar dengan sasaran $1.9j, Cef Mel sebagai Duta TAA
Feb 6, 2026 | 5:30 AM

Sertai TAA tunjuk ‘Seikhlas Kasih, Berjuta Harapan’ bagi golongan memerlukan pada Ramadan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Selebriti Ceh Mel Dean (kiri) turun padang sebagai Duta Tabung Amanah Aidilfitri (TAA) dalam usaha mengumpul derma semasa Celebfest Ramadan 2024.Selama 10 tahun beliau setia membawa misi dan semangat kempen TAA kepada ribuan keluarga.
Selebriti Ceh Mel Dean (kiri) turun padang sebagai Duta Tabung Amanah Aidilfitri (TAA) dalam usaha mengumpul derma semasa Celebfest Ramadan 2024.Selama 10 tahun beliau setia membawa misi dan semangat kempen TAA kepada ribuan keluarga. - Foto TABUNG AMAL AIDILFITRI (TAA)

Tabung Amanah Aidilfitri (TAA) telah melancarkan Kempen Dana Amal TAA Ramadan 2026, yang berlangsung dari 2 Februari hingga 31 Mac dengan membawa slogan ‘Seikhlas Kasih, Berjuta Harapan’.

Pengerusi TAA, Encik Mohd Najiib Sahib, berkata setiap sumbangan ke dana itu akan disalurkan kepada keluarga yang menghadapi pelbagai cabaran hidup, termasuk kewangan, kesihatan, pekerjaan dan rumah tangga.

“Kebanyakan orang yang dibantu TAA setiap Ramadan tinggal di flat sewa satu atau dua bilik dengan pendapatan bulanan kurang $600. Mereka termasuk warga emas, ibu tunggal, dan penjaga anak istimewa serta orang tua sakit.

“TAA berharap masyarakat akan terus menyokong TAA dalam usaha amalnya, dengan semangat sama yang ditunjukkan kepada TAA sepanjang 34 tahun kewujudan dana ini di tengah-tengah masyarakat Melayu/Islam Singapura,” kata Encik Mohd Najib.

CEF MEL DUTA TAA

TAA sekali lagi menampilkan Duta-nya, cef selebriti Mel Dean, yang selama 10 tahun setia membawa misi dan semangat kempen TAA kepada ribuan keluarga.

“Saya berasa amat terharu dan bersyukur atas kepercayaan yang diberikan kepada saya. Dipilih sebagai wajah TAA 2026, sempena 10 tahun perjalanan saya sebagai Duta TAA, bukan sekadar satu pengiktirafan, bahkan satu amanah yang saya galas dengan penuh keikhlasan.

“Peranan ini menguatkan lagi rasa tanggungjawab saya untuk terus membawa mesej kepedulian, kebersamaan agar usaha membantu sesama insan dapat diteruskan dengan rela hati, berlandaskan keikhlasan dan nilai kemanusiaan,” ujar Cef Mel.

RAMADAN BULAN HARAPAN

Sebagai pendukung pemakanan sihat yang meraikan warisan, budaya dan identiti, Cef Mel percaya nilai Ramadan selari dengan apa yang dibawa TAA.

Bagi beliau, Ramadan adalah masa untuk merenung, bersyukur, dan menanam empati.

“Ramadan mengingatkan saya bahawa setiap sumbangan, walau sekecil mana, boleh menyalakan cahaya harapan dalam hidup seseorang yang memerlukan.

“Justeru, saya ingin mengingatkan diri saya dan semua bahawa di sebalik kemajuan pesat Singapura, masih ada saudara kita yang berdepan cabaran hidup harian.

“Di sinilah peranan TAA menjadi amat penting. TAA bukan sekadar menyampaikan bantuan, bahkan menjadi jambatan antara mereka yang mampu membantu dengan mereka yang memerlukan. Suasana ini menyampaikan mesej bahawa setiap insan itu bernilai, dihargai dan tidak dilupakan,” kata Cef Mel.

SUMBANGAN TANDA PEDULI

Beliau turut menekankan bahawa sifat memberi dengan ikhlas bukan sekadar menghulurkan bantuan, malah memberi harapan, kegembiraan, dan rasa bahawa mereka yang diuji tidak keseorangan – masih ada yang peduli.

Lebih daripada itu, sumbangan dan sokongan orang ramai turut memberi kesan besar kepada golongan kurang bernasib baik, sekali gus meringankan beban hidup mereka.

Ia turut melambangkan keprihatinan dan kepedulian TAA terhadap masyarakat, khususnya dalam menyantuni mereka yang memerlukan, sepanjang Ramadan.

“Saya percaya setiap individu berhak diberi peluang menjalani kehidupan lebih baik. Atas keyakinan tersebut, saya memilih menggalas peranan sebagai Duta TAA bagi kempen pengumpulan dananya, yang menyasarkan $1.9 juta ini,” tambah Cef Mel.

Bersama sokongan masyarakat, TAA berharap Kempen Dana Amal Ramadan 2026 akan terus menyemai keikhlasan dan memperluas harapan, agar lebih banyak keluarga dapat menyambut Ramadan dengan senyuman.

CARA MENDERMA KEPADA TAA:

Layari portal www.TAA.sg untuk menghulurkan sumbangan anda.

Sumbangan sebanyak $50 dan ke atas layak mendapat potongan cukai IRAS sebanyak 250 peratus.

Penderma boleh memilih untuk menderma melalui PayNow, perbankan Internet, cek atau kad kredit.

Ikuti perjalanan TAA dalam membantu insan memerlukan di Instagram: taatrustfund, Facebook: TAA Trust Fund atau Youtube: TAA Trust Fund.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg