Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sesi IPPT, NSFit pindah ke kemudahan baru 14 Okt

Sep 16, 2025 | 5:09 PM
NSmen, latihan kecergasan Jasmani, IPPT, NSFit
Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) yang ingin memenuhi keperluan kecergasan tahunan mereka, perlu berkunjung ke Pusat Latihan Kecergasan Jasmani (FCC) di Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) yang baru. - Foto fail

Mulai 14 Oktober, Anggota Kerahan Perkhidmatan Negara (NSmen) tidak lagi dapat memenuhi keperluan kecergasan tahunan mereka di Pusat Latihan Kecergasan Jasmani (FCC) di Kem Maju.

Sebaliknya, mereka perlu berkunjung ke FCC di Pangkalan Pusat Tenaga Manusia (CMPB) yang baru.

Pengumuman tersebut dibuat melalui satu pemberitahuan di aplikasi telefon bimbit OneNS dan laman web NS pada 2 petang, 16 September, lapor The Straits Times (ST).

Pengumuman tersebut menyatakan bahawa semua sesi Ujian Kecekapan Jasmani Perseorangan (IPPT) dan Latihan Peningkatan Kecergasan NS (FIT), akan dipindahkan dari kem di 39 Maju Drive, yang terletak di Clementi Road.

Kemudahan di FCC CMPB termasuk satu balapan larian 300 meter, sesuai bagi semua keadaan cuaca, tambah pemberitahuan tersebut.

Tempahan sesi IPPT dan NSFit di FCC Kem Maju mulai 14 Oktober akan dipindahkan secara automatik ke FCC CMPB, yang terletak di Hillview Link, bertentangan stesen MRT Cashew dekat Bukit Gombak.

Premis baru CMPB, yang mula menerima pengunjung pada Jun, akan menggantikan CMPB lama di Depot Road.

Hab sehenti bagi semua urusan pentadbiran berkaitan NS akan dibuka secara rasmi kepada orang ramai pada September.

Ia akan menempatkan satu medan selera yang mempunyai 700 tempat duduk, pusat jagaan kanak-kanak, padang bola sepak, zon kecergasan dan laluan larian 500 meter, yang boleh digunakan orang ramai.

Dengan langkah itu, NSmen akan terus mempunyai empat FCC untuk dipilih semasa menempah sesi IPPT dan NSFit mereka.

Tiga lagi terletak di kem Bedok, Khatib dan Kranji.

Bagi memudahkan pemindahan tersebut, FCC Kem Maju juga akan ditutup dari 6 hingga 9 Oktober dan pada 13 Oktober.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg