Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SFA temui ubat preskripsi, bahan terlarang dalam produk makanan

Dec 17, 2025 | 2:00 PM
Ferrari Candy ataupun Rerrarii Candy mengandungi bahan Tadalafil, iaitu ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat disfungsi ereksi dan hanya boleh diberikan di bawah pengawasan perubatan.
Ferrari Candy ataupun Rerrarii Candy mengandungi bahan Tadalafil, iaitu ubat preskripsi yang digunakan untuk merawat disfungsi ereksi dan hanya boleh diberikan di bawah pengawasan perubatan. - Foto oleh AGENSI MAKANAN SINGAPURA

Agensi Makanan Singapura (SFA) telah mengesan Tadalafil, sejenis ubat preskripsi, dalam produk makanan Ferarri Candy (juga diiklankan sebagai Rerarrii Candy di Tiktok), dan Sibutramine, bahan terlarang, dalam produk TK Premium Coffee.

Dalam kenyataan pada 16 Disember, Ferrari Candy dipasarkan untuk meningkatkan seksual, stamina, dan vitaliti, namun negara asalnya tidak diketahui. TK Premium Coffee pula, dari Amerika Syarikat, dipromosikan untuk menurunkan berat badan dengan mempercepat pembakaran lemak, meningkatkan metabolisme, dan menekan selera makan.

Kedua-dua produk ini dijual di pelbagai platform e-dagang tempatan. SFA telah bekerjasama dengan platform-platform ini untuk menarik balik produk berkenaan dan mengarahkan penjual menghentikan penjualan serta-merta.

Tadalafil adalah ubat preskripsi untuk merawat disfungsi ereksi dan memerlukan pengawasan perubatan. Penggunaan yang salah amat berbahaya, berisiko menyebabkan kesan sampingan serius seperti serangan jantung, strok, sakit kepala, migrain, degupan jantung tidak teratur, dan priapisme (ereksi yang menyakitkan dan berpanjangan).

Ia juga mengancam individu dengan masalah jantung, kerana boleh mengakibatkan tekanan darah rendah yang berpotensi mengancam nyawa, terutamanya bagi mereka yang mengambil ubat jantung yang mengandungi nitrat.

Sibutramine, sebaliknya, ialah ubat penurunan berat badan preskripsi yang telah diharamkan di Singapura sejak 2010 kerana meningkatkan risiko serangan jantung dan strok.

SFA menyarankan agar para pembeli mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat sebarang pembelian dan berwaspada akan  risiko yang berkaitan dengan pengambilan makanan yang dibeli daripada sumber yang tidak diketahui.
SFA menyarankan agar para pembeli mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat sebarang pembelian dan berwaspada akan risiko yang berkaitan dengan pengambilan makanan yang dibeli daripada sumber yang tidak diketahui. - Foto oleh AGENSI MAKANAN SINGAPURA

Kesan kesihatan serius lain yang dilaporkan termasuk masalah jantung, gangguan sistem saraf pusat seperti psikosis dan halusinasi, malah kejadian sawan.

Kejadian sawan juga telah dilaporkan berkaitan dengan penggunaan Sibutramine.

Mereka yang telah menggunakan produk-produk ini dan mempunyai kebimbangan kesihatan dinasihatkan segera mendapatkan nasihat perubatan.

Pengguna juga perlu berhati-hati dan sedar risiko membeli makanan dari sumber yang tidak diketahui atau tidak disahkan. SFA menyarankan pembeli mendapatkan maklumat lanjut sebelum membuat sebarang pembelian.

Orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan penjualan dan pembekalan produk makanan ini boleh menghubungi SFA melalui www.sfa.gov.sg/feedback

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg