Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Shahrin hadir beri sokongan acara ‘Jaga Kesihatan Jaga Ummah’

Feb 15, 2025 | 7:33 PM
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Post (SingPost) Singapura, Encik Shahrin Abdol Salam (kiri), dilihat beramah-tamah dengan tetamu yang hadir semasa acara Jaga Kesihatan Jaga Ummah (JKJU) pada 15 Februari di Our Tampines Hub.
Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Post (SingPost) Singapura, Encik Shahrin Abdol Salam (kiri), dilihat beramah-tamah dengan tetamu yang hadir semasa acara Jaga Kesihatan Jaga Ummah (JKJU) pada 15 Februari di Our Tampines Hub. - Foto BM oleh KHALID BABA

Mantan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Singapore Post (SingPost) Singapura, Encik Shahrin Abdol Salam, dilihat berbual-bual dengan tetamu yang hadir semasa acara ‘Jaga Kesihatan Jaga Ummah’ (JKJU) pada 15 Februari di Our Tampines Hub.

Menjawab pertanyaan Berita Minggu (BM) mengenai sebab kunjungannya ke acara tersebut, Encik Shahrin berkata:

“Saya berada di sini atas kapasiti sebagai Naib Pengerusi M3@Jurong, dan sekadar ingin menyokong anggota-anggota lain yang mendapat pengiktirafan.

“Saya cuma anggota biasa... dan pada hari ini meraikan pencapaian anggota yang lain.”

Encik Shahrin meletak jawatan di SingPost pada 3 Februari, kurang setahun selepas beliau menggalas jawatan itu pada 1 Mei 2024.

Bercakap dengan BH ketika itu, beliau memberikan sebab ingin meneroka peluang lain yang sejajar dengan kepakaran dan semangatnya bagi transformasi dan kecemerlangan organisasi.

Encik Shahrin merupakan pemimpin akar umbi yang aktif di GRC West Coast.

Beliau turut mempengerusikan jawatankuasa pengurusan Kelab Masyarakat Ayer Rajah.

Beliau juga wakil daerah dalam Biro Ehwal Melayu (MAB) Parti Tindakan Rakyat (PAP), yang ditubuhkan pada 1954 untuk mewakili pandangan masyarakat Melayu/Islam kepada kepimpinan parti.

Dalam pada itu, ditanya mengenai persiapannya untuk Pilihan Raya Umum (GE) yang harus diadakan paling lewat pada November 2025, Menteri Negara (Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan), Cik Rahayu Mahzam berkata:

“Saya fikir pengumuman itu akan datang apabila tiba masanya. Sehingga masa itu tiba, kami, selaku penyandang jawatan hanya mampu melakukan kerja kami seperti biasa.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg