Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sheng Siong bakal buka cawangan pertama di Orchard

Aug 2, 2025 | 2:08 PM
Kerja-kerja pengubahsuaian di kedai Sheng Siong di pusat beli-belah The Cathay menarik perhatian orang awam seawal bulan Mei.
Kerja-kerja pengubahsuaian di kedai Sheng Siong di pusat beli-belah The Cathay menarik perhatian orang awam seawal bulan Mei. - Foto REDDIT

Pasar raya Sheng Siong bakal membuka kedai pertamanya di kawasan Orchard Road di pusat beli-belah The Cathay.

Jurucakap pasar raya itu berkata kedai seluas 6,500 kaki persegi itu dijangka dibuka pada akhir Ogos.

“Sheng Siong sebelum ini mengendalikan kedai di kawasan Tekka, dan sepanjang tahun-tahun lalu, pelanggan telah melahirkan harapan agar Sheng Siong dibuka di kawasan tengah,” kata jurucakap itu kepada akhbar The Straits Times.

“The Cathay dikelilingi oleh pembangunan perumahan, dan kami percaya ia adalah tempat yang sesuai untuk keperluan runcit harian.”

Kerja-kerja pengubahsuaian kedai itu menarik perhatian orang awam seawal bulan Mei, apabila pengguna Reddit menyiarkan foto kerja pembinaan yang sedang dijalankan di Besmen 1 pusat beli-belah itu.

Menurut laman web Sheng Siong, pasar raya itu kini mengendalikan 82 cawangan di seluruh negara, dengan kebanyakannya terletak di kawasan timur laut.

Pengendali pasar raya itu mencatatkan kenaikan keuntungan bersih sebanyak 6.1 peratus kepada $38.5 juta bagi suku pertama berakhir 31 Mac, daripada $36.3 juta tahun sebelumnya.

Hasil pendapatan meningkat 7.1 peratus kepada $403 juta, daripada $376.2 juta dalam tempoh yang sama pada 2024.

Ini didorong pendapatan daripada lapan kedai baru yang dibuka pada suku pertama dan tahun kewangan 2024, serta jualan perayaan lebih tinggi semasa Hari Raya pada Mac, kata syarikat itu pada 29 April.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg