Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA: 38 penumpang SQ321 masih di Bangkok

May 30, 2024 | 5:36 PM
Pesawat SQ321 yang terlibat dalam insiden gelora udara yang teruk telah kembali ke Singapura pada 26 Mei.
Pesawat SQ321 yang terlibat dalam insiden gelora udara yang teruk telah kembali ke Singapura pada 26 Mei. - Foto fail

Seramai 38 penumpang pesawat SQ321 yang mengalami gelora udara yang teruk pada 21 Mei masih berada di Bangkok, Thailand.

Ini termasuk 25 penumpang yang menerima rawatan perubatan di hospital sana.

Menyatakan demikian dalam satu kenyataannya pada 30 Mei, Singapore Airlines (SIA) berkata:

“Sehingga 5 petang 30 Mei, SIA boleh mengesahkan bahawa 38 penumpang yang menaiki SQ321 masih di Bangkok.

“Ini termasuk 25 penumpang yang menerima rawatan perubatan di hospital.

“SIA telah berhubung dengan para penumpang dan kru yang menaiki SQ321. Atas permintaan, kami telah selaraskan keluarga dan orang tersayang mereka untuk ke Bangkok.

“Kebajikan penumpang dan kakitangan adalah keutamaan kami.”

SIA berkata ia sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang relevan dalam siasatan yang dijalankan dalam insiden ini.

Anggota keluarga dan orang tersayang yang inginkan maklumat boleh menghubungi SIA di talian +65-6542-3311 (Singapura), 1800-845-313 (Australia), atau 080-0066-8194 (United Kingdom).

Pesawat SQ321 mengalami gelora udara yang teruk di atas selatan Myanmar pada 21 Mei, setelah berlepas dari London ke Singapura sehari sebelum itu.

Kejadian tersebut mengakibatkan seorang lelaki meninggal dunia dan puluhan lain cedera.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg