Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SIA, Scoot sambung terbang di ruang udara Iran

Jul 9, 2024 | 7:55 PM
Sehingga kira-kira sejam dijimat pada beberapa penerbangan yang meneruskan penerbangan di atas ruang udara Iran, termasuk penerbangan dari Singapura ke Frankfurt dan Istanbul.
Sehingga kira-kira sejam dijimat pada beberapa penerbangan yang meneruskan penerbangan di atas ruang udara Iran, termasuk penerbangan dari Singapura ke Frankfurt dan Istanbul. - Foto ST

Mereka yang terbang antara Singapura dengan destinasi seperti Frankfurt dan Istanbul melalui penerbangan Singapore Airlines (SIA) dan Scoot kini tiba di destinasi mereka lebih cepat.

Ini kerana kededua syarikat penerbangan itu sekarang terbang semula di ruang udara Iran pada 27 Jun.

Syarikat penerbangan menghentikan laluan di ruang udara Iran pada 13 April 1 tengah hari, selepas Iran melancarkan serangan langsung pertamanya ke atas wilayah Israel hari itu.

Menurut The Straits Times, jurucakap SIA berkata syarikat itu menarik balik langkah tersebut bagi penerbangan SIA antara Singapura dengan 14 destinasi – Amsterdam, Brussels, Copenhagen, Frankfurt, Istanbul, London, New York (JFK), New York (Newark), Manchester, Milan, Munich, Paris, Rome dan Zurich.

Penerbangan kendalian Scoot antara Singapura dengan Athens juga telah mula terbang di ruang udara Iran.

emakan ST pada laman web penjejakan penerbangan FlightAware menunjukkan penerbangan antara Singapura dengan destinasi terjejas mempunyai penjimatan masa kira-kira sejam bagi beberapa penerbangan selepas 27 Jun.

Contohnya, penerbangan SQ26 dari Singapura ke Frankfurt, yang mengambil masa kira-kira 13 jam sebelum 27 Jun, memakan masa sekitar 12 jam selepas tarikh tersebut.

Selain itu, SQ392 dari Singapura ke Istanbul mengambil masa hampir 11 jam sebelum 27 Jun, tetapi sekitar 10 jam selepas itu.

Jurucakap SIA berkata SIA Group sentiasa menyemak dan menentukan laluan penerbangannya berdasarkan pelbagai faktor, termasuk keadaan cuaca, pertimbangan keselamatan, nasihat daripada badan antarabangsa dan serantau, pandangan daripada perunding keselamatan luar bebas dan sekatan kawal selia.

“Keutamaan utama SIA Group ialah keselamatan penumpang dan kakitangan kami,” tambahnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg