Singkap masa lalu S’pura sambil teroka masa hadapan
Pameran ‘Pengalaman Jiwa & Raga SG60’ yang berlangsung mulai 26 Ogos hingga 31 Disember menyingkap pembangunan Singapura dan menawarkan rakyat peluang meneroka masa hadapan
Aug 27, 2025 | 1:54 PM
Satu pameran bagi memperingati pembangunan Singapura yang menawarkan rakyat peluang meneroka masa hadapan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, pada 26 Ogos di Orchard Central.
Bahagian pameran yang memerlukan tiket diadakan di Perpustakaan Orchard di tingkat tiga dan empat Orchard Gateway, dari 9 pagi hingga 6 petang setiap Isnin; dan dari 9 pagi hingga 10 malam dari Selasa hingga Ahad.
Terdapat juga bahagian pameran yang tidak memerlukan tiket di atrium lantai satu Orchard Central dan Orchard Gateway yang dibuka dari 9 pagi hingga 10 malam setiap hari.
Laporan berkaitan
Pameran SG60 dilancar, beri rakyat peluang teroka masa hadapan S’puraAug 26, 2025 | 3:09 PM
Ambil gambar, berikrar sambil sumbang kepada masyarakatAug 19, 2025 | 3:12 PM

