Selain Tembok Besar China, satu lagi khazanah negara di China ialah beruang panda.
Chengdu, iaitu ibu negeri wilayah Sichuan China, adalah habitat beruang ini.
Mungkin ramai tidak tahu keunikan panda. Daya penglihatannya terhad, hanya jelas pada jarak dekat, tetapi deria baunya tajam. Ia boleh mengenal pasti jejak dan tanda bau yang ditinggalkan panda lain; sama ada ia panda jantan atau betina, muda atau tua, malah detik tanda itu ditinggalkan! Keunikan ini menjadikan panda satu daya penarik pelancong ke China.
Untuk anda yang ingin melancong ke China, Dreamcation Cruises & Tours kini menawarkan pakej-pakej istimewa. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang juga pengasas Dreamcation Cruises & Tours, Encik Sujimy Mohamad, berkata melancong ke China masih menjadi pilihan utama pelancong berdasarkan pameran pelancongan Natas Holidays 2025.
“China kekal sebagai destinasi paling laris semasa pameran Natas Holidays 2025. Ini bukan kerana harganya berpatutan sahaja, tetapi juga kerana pemandangan semula jadi menakjubkan, hidangan halal unik, peluang membeli-belah dan budayanya yang kaya.
Banyak wilayah dan bandar di China wajar dikunjungi pelancong, termasuklah Xi’an, Kunming, Shanghai, Chengdu dan Beijing.
“Anda yang terlepas peluang tawaran hebat semasa pameran Natas Holidays 2025 tidak perlu risau sebab kami akan mengadakan ‘Post-Natas China In-House Travel Fair’ dari 1 hingga 7 September. Kami tampilkan siri ‘Jejak China’ dengan pelbagai tawaran istimewa. Kami juga akan mengadakan sesi khas, iaitu ‘China Travel Talk’ pada Sabtu, 6 September dari 10 pagi hingga 1 petang. Sesi ini adalah untuk anda mengetahui lebih lanjut apa yang boleh dijangka apabila melancong ke China,” kata Encik Sujimy.
Dreamation Cruises & Tours juga menawarkan tiga pakej baru ke Sichuan dan Chongqing. Tiga pakej itu adalah:
• 7 Hari 6 Malam Cantik Chengdu
• 8 Hari 6 Malam Cantik Chengdu Snow Fun
• 7 Hari 6 Malam Cantik Chengdu dan Chongqing (Twin City)
“Sichuan dan Chongqing patut dijelajahi. Sichuan juga kaya dengan sejarah Islam. Jadual perjalanan termasuklah lawatan ke Muslim Street di Songpan dan masjid di sana. Chengdu, yang juga dikenali sebagai ‘Hometown of the Panda’, atau ‘Kampung Halaman Panda’, turut menjadi tumpuan pelancong dengan lawatan ke Panda Breeding Research Center di Dujiangyan.
Bagi pencinta alam semula jadi dan penggemar fotografi, anda wajib mengunjungi Jiuzhaigou Valley. Pelancong juga akan menonton dan melalui satu pengalaman budaya unik, iaitu Sichuan Opera Face Changing dan Zang Mi Tibetan Music & Dance Show.
“Chongqing merupakan antara bandar paling ‘underrated’, atau kurang diberi perhatian, tetapi ia adalah destinasi paling ‘instagrammable’, atau sesuai untuk Instagram, di China. Pelayaran malamnya memukau dalam jadual lawatan ‘Two Rivers Night Tour’. Bagi penggemar salji atau suasana bersalji, Qiong Qia Snow & Ice World pasti menyeronokkan,” kata Encik Sujimy lagi.
Turut ditawarkan ialah ‘Pakej Eksklusif ke Kunming’ bersama selebriti Suhaimi Yusof. Pakej ‘Cuti-Cuti Santai Kunming bersama Suhaimi Yusof’ merangkumi:
8 Hari 6 Malam
Tarikh: 3 – 10 Disember 2025
Harga bermula daripada $2088*
Antara kegiatan menariknya ialah:
– Jade Dragon Snow Mountain Peak (Cableway + Plank Electric Car)
– Lawatan ke Dali Ancient Town, Muslim Village & Masjid Shuncheng
– DIY Halal Milk Fans – belajar & rasa snek tradisional
– Music Bus ke Erhai Lake
– Shopping di Wangfujing Shopping Center dan banyak lagi!
Dreamcation Cruises & Tours kini menawarkan pelbagai hadiah dalam promosi ‘Post-NATAS China In-House Travel Fair’. Anda boleh pergi ke pejabat mereka untuk menempah pakej pelancongan semasa promosi ini.
Di samping Cabutan Bertuah Akhir Tahun, atau ‘Year-End Grand Lucky Draw’, anda juga berpeluang memenangi jongkong emas 50 gram bernilai hingga $8,000, diskaun eksklusif, potongan harga untuk tempahan seterusnya, serta hadiah menarik seperti TV LCD, pembersih vakum, penggoreng kering (air fryer) dan banyak lagi melalui ‘lucky dip’.
Semua pakej Dreamcation Cruises & Tours ke China tersedia hingga Disember 2025, termasuk pada musim cuti sekolah, cuti umum, dan cuti hujung tahun. Ia sangat sesuai untuk percutian bersama keluarga dan orang tersayang. Harga pakej bermula daripada serendah $1,088 untuk destinasi terpilih.
TEMPAHAN PAKEJ PELANCONGAN & PERTANYAAN:
• WhatsApp 6228-5287 atau talian 6513-2627
• Kunjungi pejabat Dreamcation Cruises & Tours di 12 Woodlands Square, Woods Square Tower 1, #11-78, Singapura 737715
• Lungsuri laman: www.dreamcation.com.sg
• Lungsuri Facebook: https://www.facebook.com/dreamcationcruisesandtours
• Lungsuri Instagram: https://www.instagram.com/dreamcationcruisesandtours
• Langgani Telegram: t.me/DreamcationSG


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg