Topik diikuti
Pergi ke BHkuSM Lee: GovTech sumbang besar dalam perjalanan digital S'pura
SM Lee: GovTech sumbang besar dalam perjalanan digital S'pura
SM Lee: GovTech sumbang besar dalam perjalanan digital S'pura
Agensi Teknologi Pemerintah (GovTech) telah memberikan sumbangan besar dalam perjalanan digital Singapura sepanjang 10 tahun lalu.
Namun, memandangkan teknologi berkembang lebih pantas berbanding sebelum ini, GovTech mesti terus berkembang dan mempertingkat keupayaannya untuk membangun serta mengendalikan produk digital bagi pihak pemerintah.
Menyatakan demikian dalam catatan Facebbok beliau sempena lawatannya ke pejabat baru GovTech di Daerah Digital Punggol pada 24 Julai, Menteri Kanan Encik Lee Hsien Loong berkata agensi tersebut juga memainkan peranan dalam mentransformasikan sektor teknologi di Singapura secara lebih meluas.
“Sama ada meningkatkan keselamatan siber mahupun menjadikan produk digital lebih mesra pengguna dan berkesan, tugas ini adalah mendesak dan mencabar.
“GovTech telah menempa kejayaan bermakna dalam dekad pertamanya; saya yakin ia akan terus berkembang maju dan menerajui hala tuju masa depan digital Singapura.
“Selamat menyambut ulang tahun ke-10!,” tambah Encik Lee yang ditemani Cik Jasmin Lau yang bakal menjadi Pemangku Menteri Tenaga Manusia, dan Menteri Negara Kanan di Kementerian Penerangan dan Pembangunan Digital (MDDI) mulai 27 Julai.