Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee hadiri perbincangan bersama lebih 900 pegawai awam

Apr 16, 2025 | 8:53 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, berbincang tentang isu setempat dan sejagat bersama Pengarah Strategi, Pejabat Perdana Menteri, Cik Philomena Aw, semasa dialog bersama pegawai awam pada 16 April.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, berbincang tentang isu setempat dan sejagat bersama Pengarah Strategi, Pejabat Perdana Menteri, Cik Philomena Aw, semasa dialog bersama pegawai awam pada 16 April. - Foto MDDI

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, telah menghadiri sesi dialog bersama lebih 900 pegawai awam, pada 16 April di Teater Rakyat Kreta Ayer.

Menurut hantaran di Facebook Encik Lee pada hari yang sama, beliau berkata perbincangan itu merangkumi pelbagai topik, terutama mengenai perang dagang antara Amerika Syarikat dengan China.

“Saya berasa seronok berbual tentang pelbagai topik dan soalan-soalan bernas yang ditanya oleh para pegawai,” kata Encik Lee dalam catatannya.

Selain itu, ada yang telah mengemukakan identiti bersama sebagai rakyat Singapura, tambah beliau.

Perbincangan itu juga, katanya, menyentuh tentang kepelbagaian budaya dan kesannya kepada rakyat Singapura.

Encik Lee turut berkongsi bagaimana rakyat Singapura boleh mengekalkan perpaduan sosial dan penyatuan dalam landskap yang semakin berpolarisasi.

“Ia memaparkan kepentingan mengutamakan masa depan kita dan bagaimana perkhidmatan awam boleh membantu rakyat Singapura. Ini juga dapat membimbing Singapura melangkaui SG60.

“Apabila saya bersetuju untuk berdialog dengan pegawai-pegawai awam pada Januari, saya tidak tahu bahawa ia akan diadakan hanya beberapa minggu selepas ‘Hari Pembebasan’ dan sehari selepas Writ Pilihan Raya dikeluarkan! Kami telah bincangkan banyak mengenai Singapura, dunia dan masa depan kita,” ujar beliau.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg