Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, akan mengadakan lawatan kerja ke Amerika Syarikat dari 10 hingga 18 November.
Menurut jurucakap Pejabat Perdana Menteri (PMO), beliau akan menyampaikan Ceramah Edwin L. Godkin tahunan di Sekolah Pemerintah John F. Kennedy di Universiti Harvard di Boston, Massachusetts, pada 12 November.
Satu pautan pada penstriman langsung ceramah itu, yang akan berlangsung antara 1 pagi hingga 2.15 pagi waktu Singapura pada 13 November, disediakan di laman Facebook Encik Lee.
Menurut laman web Sekolah Harvard Kennedy – Universiti Harvard, peserta ceramah boleh menjangkakan mengamati perkongsian Encik Lee tentang bagaimana beliau berusaha membangun kepimpinan dan institusi nasional, membangun ekonomi dan memastikan keselamatan Singapura di peringkat antarabangsa.
Ceramah itu juga akan menyentuh pengamatannya tentang perpaduan sosial dan politik Singapura dan cara negara ini menangani pandemik Covid-19. Satu perbincangan akan menyusuli ceramah ini.
Encik Lee juga akan bertemu dengan masyarakat warga Singapura di luar negara di Boston.
Beliau kemudian akan ke New York untuk menghadiri GIC Insights 2024 dan memperingati ulang tahun ke-40 GIC dalam kapasitinya sebagai pengerusi lembaga GIC pada 13 November.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg