Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee: Tidak bijak untuk Barat ketepikan China

Oct 19, 2024 | 3:18 PM
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, bersama moderator, Cik Lee Huay Leng, Ketua Editor Kumpulan Media Cina SPH Media Trust, di Forum Global FutureChina pada 18 Oktober.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, bersama moderator, Cik Lee Huay Leng, Ketua Editor Kumpulan Media Cina SPH Media Trust, di Forum Global FutureChina pada 18 Oktober. - Foto ZAOBAO

Dunia Barat tidak seharusnya menolak tepi China, begitu juga Beijing tidak boleh meremehkan Barat, kata Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong.

Bercakap dalam satu panel semasa forum perniagaan, Forum ‘Global FutureChina’, yang diadakan di Pusat Ekspo & Konvensyen Sands, pada 18 Oktober, Encik Lee berkata adalah sangat tidak bijak untuk mengetepikan China.

“Ia bertimbal balik. Orang Barat berkata, ‘Kami akan melakukan itu dan ini, dan China akan berdiam.’ Saya memberitahu mereka bahawa mereka salah. Mereka tidak mempercayai saya sepenuhnya,” tambah beliau.

Encik Lee berkata apabila beliau melawat China, ada waktunya pemimpinnya menyatakan pandangan mereka dengan yakin kepada beliau dan Encik Lee akan mengingatkan mereka bahawa walaupun Amerika Syarikat mempunyai banyak masalah, ia juga mempunyai banyak kekuatan, lapor The Straits Times.

“Apabila saya pergi ke China dan kadang-kadang, tuan rumah dengan begitu yakin memberikan pandangan mereka hingga menyebabkan saya berkata kepada mereka, ‘Anda tahu, orang Amerika mempunyai banyak masalah. Anda boleh melihat semua masalah itu, tetapi mereka mempunyai banyak kekuatan dan kadangkala anda tidak dapat melihat semua kekuatan mereka. Dan mereka tidak akan lenyap dan mereka akan tetap ada dan berkuasa, saya fikir, untuk masa yang sangat lama.’

“Dan saya tidak pasti sama ada mereka memahami sepenuhnya mengapa saya berkata ini, jadi saya fikir kedua-dua pihak mempunyai risiko meremehkan satu sama lain,” kata Encik Lee.

Acara tahunan itu menghimpunkan pemimpin perniagaan, cendekiawan dan pemerhati perusahaan untuk membincangkan ekonomi China, yang sejak beberapa tahun kebelakangan ini menghadapi kesukaran untuk merangsang pertumbuhannya sambil menghadapi ketegangan geopolitik dengan Amerika.

Acara itu dianjurkan oleh Business China, sebuah pertubuhan tidak meraih keuntungan, yang menjalin hubungan antara Singapura dengan China.

Ditanya oleh seorang hadirin sama ada calon Presiden Amerika, Encik Donald Trump atau Cik Kamala Harris lebih baik untuk hubungan Amerika-China, SM Lee berkata ketegangan antara kedua-dua negara tidak berdasarkan personaliti.

Sebaliknya, ia berpunca daripada pendirian umum di Amerika bahawa China adalah pencabar dan “bahkan mungkin satu ancaman kepada Amerika dalam jangka panjang”.

Beliau berkata jika Cik Harris menang, hubungan antara negara akan lebih mudah dijangka, dengan lebih sedikit kejutan dan kurang risiko sesuatu akan menjadi tidak terkawal sepenuhnya.

Jika Encik Trump menang, “pelbagai perkara mengejutkan boleh berlaku dengan mendadak”, katanya.

SM Lee ditanya oleh moderator, Cik Lee Huay Leng, ketua editor Kumpulan Media Cina di SPH Media, mengenai tanggapan orang China yang disalahertikan oleh Barat.

Isu asasnya, katanya, ialah kedua-dua China dan dunia belum terbiasa dengan hakikat bahawa China telah berkembang dengan pesat sejak ia mula lebih terbuka kepada dunia luar pada 1978.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg