SM Lee luah rasa terimakasih susulan pendaratan selamat pesawat pertama bawa warga S’pura pulang dari Oman

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee luah rasa terimakasih susulan pendaratan selamat pesawat pertama bawa warga S’pura pulang dari Oman

Mar 7, 2026 | 11:12 PM

SM Lee luah rasa terimakasih susulan pendaratan selamat pesawat pertama bawa warga S’pura pulang dari Oman

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong berkata MFA akan terus menghubungi rakyat Singapura di kawasan terjejas, sambil turut menganjurkan perjalanan darat bantuan untuk warga Singapura di tempat lain di Timur Tengah. 
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong berkata MFA akan terus menghubungi rakyat Singapura di kawasan terjejas, sambil turut menganjurkan perjalanan darat bantuan untuk warga Singapura di tempat lain di Timur Tengah.  - Foto MFA

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong melahirkan rasa terimakasihnya menyusuli pendaratan selamat pesawat penghantaran pulang pertama warga Singapura dari Muscat Oman.

Dalam catatan Facebook beliau pada 7 Mac, Encik Lee melahirkan terimakasihnya kepada para pegawai yang terlibat dalam memastikan ia dapat dilakukan.

“Ia adalah usaha menyeluruh pemerintah.

“Pegawai Kementerian Ehwal Luar (MFA) di Singapura dan misi luar negara kami, termasuk mereka yang ditempatkan sebagai Pasukan Tindak Balas Krisis, bekerjasama rapat dengan rakan sejawatan dari Kementerian Pengangkutan (MOT), Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS), Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), dan agensi lain untuk membuat pengaturan dan menyokong usaha ini.

“Terima kasih juga kepada pasukan konsular serta kedutaan kami, kru penerbangan, dan semua orang yang telah bekerja sepanjang masa untuk membantu rakyat Singapura pulang dengan selamat,” kata beliau.

Dalam catatan itu Encik Lee juga berkata bahawa mereka yang orang tersayangnya masih belum pulang, terus diingati.

“MFA akan melancarkan penerbangan kedua esok (8 Mac) dan akan terus menghubungi rakyat Singapura di kawasan terjejas, sambil turut menganjurkan perjalanan darat bantuan untuk warga Singapura di tempat lain di Timur Tengah.

“Pegawai kami bekerja keras dalam keadaan yang mencabar, untuk memastikan keselamatan dan keamanan rakyat Singapura,” tambah Encik Lee.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg