Singapura
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee makan tengah hari bersama PM Anwar

Jul 21, 2024 | 12:44 PM
(Dari kiri) Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Encik Lee Hsien Loong dan Cik Ho Ching di Seri Perdana pada 21 Julai.
(Dari kiri) Dr Wan Azizah Ismail, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Encik Lee Hsien Loong dan Cik Ho Ching di Seri Perdana pada 21 Julai. - Foto PMO

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong, menghadiri jamuan tengah hari bersama Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, di kediaman rasminya, Seri Perdana di Putrajaya pada 21 Julai.

Encik Lee ditemani isteri Cik Ho Ching, manakala Datuk Anwar diiringi isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.

 Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (kiri) bersama Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan) dan isterinya, Cik Ho Ching (kanan) di jamuan tengah hari di Seri Perdana pada 21 Julai.
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim (dua dari kiri) dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (kiri) bersama Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kanan) dan isterinya, Cik Ho Ching (kanan) di jamuan tengah hari di Seri Perdana pada 21 Julai. - Foto PMO

Encik Lee berada di Malaysia dari 19 Julai hingga 22 Julai untuk menghadiri istiadat pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Yang di-Pertuan Agong Malaysia ke-17.

Pada 20 Julai, Encik Lee menghadiri jamuan diraja di Istana Negara pada sebelah malam setelah menghadiri istiadat pertabalan pada sebelah pagi.

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (kanan), bersama isteri, Cik Ho Ching (dua dari kanan), menghadiri Jamuan Diraja selepas istiadat pertabalan Agong Malaysia pada 20 Julai. Duduk bersama mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis (empat dari kanan).
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (kanan), bersama isteri, Cik Ho Ching (dua dari kanan), menghadiri Jamuan Diraja selepas istiadat pertabalan Agong Malaysia pada 20 Julai. Duduk bersama mereka ialah Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (tiga dari kanan) dan isteri Datin Seri Hamidah Khamis (empat dari kanan). - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Encik Lee, yang turut hadir bersama isterinya Cik Ho Ching untuk jamuan dan istiadat itu, merupakan antara pemimpin asing terpilih yang dijemput untuk menghadiri istiadat tersebut.

Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Ho Ching (dua dari kanan), di Jamuan Diraja, di Istana Negara, Kuala Lumpur.
Menteri Kanan, Encik Lee Hsien Loong (dua dari kiri) dan isterinya, Cik Ho Ching (dua dari kanan), di Jamuan Diraja, di Istana Negara, Kuala Lumpur. - Foto JABATAN PENERANGAN MALAYSIA

Dalam satu hantaran di media sosial pada 20 Julai, Encik Lee berkata beliau berbesar hati menghadiri istiadat pertabalan tersebut. Encik Lee berkata beliau dan Sultan Ibrahim sudah lama menjalin persahabatan.

“Kali terakhir kami berjumpa pada Mei, apabila beliau datang ke Singapura dalam Lawatan Negara luar negara pertama sebagai Agong Malaysia. Beliau mengundang saya waktu itu.

“Saya yakin hubungan Singapura-Malaysia akan terus berkembang di bawah kepimpinannya. Saya berterima kasih atas undangannya sekali lagi dan mengucapkan moga maju jaya dalam peranan barunya,” kata Encik Lee.

Acara bersejarah itu dihadiri kira-kira 700 tetamu termasuk raja-raja Melayu, gabenor, Datuk Anwar, menteri Kabinet, pembesar asing dan pemimpin.

Ini kali pertama seorang wakil Singapura diundang ke majlis perasmian raja Malaysia, yang diadakan setiap lima tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg